Berita Harian

Motivasi untuk buktikan bakat

-

kepada ibunya dan keluarga.

Berehat dari laman sosial

Beralih kepada tindakanny­a menutup akaun laman sosialnya, baru-baru ini, Wany berkata, dia berbuat demikian bukan kerana tidak tahan dikecam, sebaliknya terpaksa bertindak apabila ada individu cuba menceroboh akaunnya.

“Saya terpaksa menutup kerana perlu mengemaski­ni e-mel dan menukar kata laluan. Alang-alang berbuat demikian, saya terfikir mengapa tidak saya berehat sementara daripada melayari laman sosial,” katanya.

Sebagai penyanyi, Wany yang bakal muncul dengan single duet bersama Tajul, Aku Serius akur, laman sosial penting untuk berkongsi perkembang­an kerjayanya.

“Laman sosial menjadi platform untuk saya berkongsi segala maklumat mengenai kerja. Mahu atau tidak, saya perlu kembali aktif. Saya berehat tidak lama, cuma dua hari tetapi, saya sangat seronok. Banyak perkara lain yang sempat saya lakukan apabila tidak terlalu leka dengan telefon,” katanya.

Bakal beraksi pada kemuncak Anugerah Skrin 2018 esok membawakan lagu popular ciptaan Allahyarha­m Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah, Wany berkata, dia juga sedang memberikan fokus untuk membuat persediaan di Separuh Akhir Muzik Muzik 33.

Mempertaru­hkan lagu Rintihan Rindu, Wany berkata, dia kini lebih bersedia kerana sudah mempunyai pengalaman beraksi di pentas besar pada AJL 32 lalu.

“Seperti penyanyi muda lain, saya juga mahu memberikan yang terbaik kerana saya membawa amanah komposer dan penulis lirik. Saya hanya mampu berusaha, selebihnya saya serahkan kepada ketentuan rezeki,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia