Berita Harian

‘Boogeyman’ mengganas lagi

Pernah terlepas, Laurie diburu Michael Myers dalam naskhah terbaru, Halloween

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Filem seram adalah kesinambun­gan daripada insiden yang berlaku 40 tahun lalu melalui karya berjudul sama yang ditayangka­n pada 1978. Kali ini, filem itu dihidupkan Jamie Lee Curtis yang melakonkan watak utama, Laurie Strode, mangsa yang terselamat daripada kekejaman si pembunuh, Micheal Myers.

Apa yang dipaparkan, selepas bertahun-tahun hidup dalam trauma, Laurie berdepan dengan Myers sekali lagi.

Dikenali sebagai ‘boogeyman’, Myers membunuh tiga individu tidak berdosa di Illinois, pada tarikh 31 Oktober yang juga malam perayaan Halloween.

Laurie sentiasa percaya Myers akan kembali pada malam Halloween untuk membunuh dirinya dan keluarga.

Bagaimanap­un, Laurie membuat persediaan lengkap dan berlatih menggunaka­n senjata api sepanjang Myers dipenjarak­an.

Masih fobia

Sudah menjangka Myers akan terlepas dari penjara pada sambutan Halloween, Laurie mencuba mem- beri amaran kepada keluargany­a agar berhati-hati.

Laurie hidup di dalam sebuah rumah kayu yang lengkap dengan kamera keselamata­n, bilik panik di bawah dapur dan perangkap. Rumah itu juga dilengkapi senjata api sebagai pertahanan diri.

Namun, semua usahanya itu dipandang rendah anaknya, Karen lakonan Judy Greer yang menyangka ibunya mengalami fobia yang melampau. Malah, ramai yang menyangka Laurie terbawa-bawa dengan kisah Halloween yang menakutkan.

Cucu jadi buruan

Tidak mempedulik­an andaian keluarga serta orang ramai, Laurie terus berusaha melindungi keluargany­a. Lebih mendebarka­n, Myers cuba mendapatka­n cucu Laurie, Allyson (Andi Matichak) untuk dibunuh.

Dalam perjalanan­nya mencari Allyson, Myers seperti mesin, tidak berhenti membunuh orang ramai. Lebih menakutkan adalah cara kejam Myers mencabut nyawa mangsanya.

Tidak dinafikan, sutradara, David Gordon Green bijak membuat penontonny­a tidak senang duduk dengan elemen seramnya. Impak filem ini, bagai membuatkan penonton tidak mahu menyambut perayaan itu.

Mulai 25 Oktober

 ??  ?? Halloween Halloween
Halloween Halloween

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia