Berita Harian

Bekerja, belajar sambil urus perniagaan

-

Kuala Lumpur: Kakitangan sebuah kedai makan di sini melahirkan rasa bersyukur diberi peluang menguruska­n kedai, selain belajar memasak, kemahiran menyajikan makanan, katering dan pengurusan restoran walaupun tidak mempunyai pengalaman.

Semua 18 pekerja berkenaan berpeluang bekerja sambil menguruska­n perniagaan dalam usaha meningkatk­an kemahiran pengurusan dan penyediaan makanan secara sistematik.

Seramai 15 daripada mereka adalah dalam kalangan wanita berpendapa­tan rendah, ibu tunggal dan lepasan sekolah tidak berpeluang meneruskan pengajian. Peluang ini juga memberi laluan mereka menambah pendapatan keluarga.

Pekerja Kedai Makan Abang Tukang Masak (ATM), Nur Fadzilah Masiram, 41, peluang diberikan pihak pengurusan kedai membolehka­nnya meningkatk­an pendapatan.

Beliau juga diberi peluang membekalka­n brownies di kedai makan ATM sejak Ogos lalu, selain menerima tempahan katering.

Ibu kepada tiga anak ini turut mendapat latihan memperting­katkan kemahiran menghasilk­an kek, pastri dan brownies lebih berkualiti.

“Sebelum ini saya buat kek dan brownies ikut cara sendiri kerana memang tiada peruntukan lebih untuk menghadiri kelas masakan. Saya bersyukur mendapat latihan percuma yang menyuntik keyakinan untuk memasarkan sajian berkualiti,” katanya.

Praktik pengetahua­n

Bagi Nur Syuhadah Md Ismawi, 23, berkata beliau gembira kerana berpeluang belajar menguruska­n restoran dan mempraktik­kan pengetahua­n dalam bidang perakaunan yang dipelajari sebelum ini.

Anak sulung daripada empat adik-beradik ini terpaksa menamatkan pengajiann­ya dalam bidang perakaunan setahun lebih awal di sebuah kolej di Melaka berikutan masalah kewangan yang dihadapi keluargany­a.

“Saya terpaksa berhenti belajar kerana tidak mahu menyusahka­n emak yang terpaksa menanggung adik masih bersekolah dan melakukan pelbagai pekerjaan, termasuk bekerja sebagai guru TADIKA.

“Saya ditawarkan bekerja di sini selepas syarikat tempat saya bekerja sebelum ini menjalanka­n program kerjasama dengan ATM, ” katanya.

Sementara itu, pemilik ATM Shahrul Nizam Kamal, 32, berkata pihaknya bukan sahaja menawarkan pekerjaan kepada golongan berpendapa­tan rendah termasuk ibu tunggal, malah memberi peluang pekerja menguruska­n resto- ran dan membimbing mereka menyediaka­n sajian secara sistematik.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Halaman Nurani, berkata peluang terbuka kepada komuniti setempat yang ingin memajukan diri dan memperting­katkan pendapatan masing-masing.

“Saya tidak memilih menjalanka­n perniagaan sendirian, tetapi berkongsi pengetahua­n membantu kelompok isi rumah berpendapa­tan rendah atau B40 meningkatk­an taraf hidup mereka.

“Keinginan membantu golongan ini timbul kerana saya sendiri pernah hidup susah sebelum ini dan percaya sekiranya kita membantu orang lain, Allah akan membantu kita,” katanya.

Berkongsi pengalaman mengendali­kan perniagaan berasaskan katering, Sharul Nizam berkata, restoranny­a pernah dikunjungi seorang ibu bersama tujuh anak hendak membeli sebungkus nasi putih dengan telur untuk dikongsi beramai-ramai. Peristiwa menyedihka­n itu memberi ilham kepadanya membuka peluang pekerjaan kepada golongan ini bagi membolehka­n mereka meningkatk­an kemahiran dan menambah pendapatan.

Pekerja sudah tamat latihan selama dua hari, kata Sharul Nizam, diberikan sijil penyediaan makanan diperakui Sistem Maklumat Keselamata­n Makanan Malaysia (FOSIM).

 ?? [FOTO MAHZIR MAT ISA/BH] ?? Shahrul Nizam bersama pekerjanya di Kedai Makan Abang Tukang Masak di Damansara Damai.
[FOTO MAHZIR MAT ISA/BH] Shahrul Nizam bersama pekerjanya di Kedai Makan Abang Tukang Masak di Damansara Damai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia