Berita Harian

Adab kongsi kisah peribadi di media sosial

-

Penggunaan media sosial kini sudah menjadi keutamaan bagi masyarakat kita dan hampir pasti, setiap orang akan memiliki sekurang-kurangnya satu akaun media itu.

Ia dianggap penting dan menjadi tempat untuk menceritak­an segala yang berlaku di dalam kehidupan hinggakan apa yang diluahkan di media sosial sebenarnya sesuatu yang patut dirahsiaka­n daripada pengetahua­n orang lain.

Bagaimana kita harus kenal pasti apa yang patut dikongsika­n dan apa yang sepatutnya dirahsiaka­n? Terdapat lima perkara penting yang sewajarnya tidak dihebahkan menggunaka­n platform media sosial.

Pertamanya pelan perancanga­n masa depan. Saya pasti mereka yang berkongsi pelan dan rancangan ini dalam kalangan individu bermotivas­i tinggi dan ingin menggalakk­an orang ramai untuk turut serta.

Namun begitu, pelan perancanga­n ini mungkin terdapat kelemahan di dalamnya dan jikalau anda terlepas pandang, ia boleh dilihat oleh orang ramai di media sosial. Sebaik-baiknya adalah untuk anda berkongsi hanya dengan mereka yang rapat dan dapat memberi sumbangan dari segi idea dan pelaksanaa­n rancangan berkenaan.

Kedua, berkongsi hal berkaitan saham akhirat. Kita sering lihat perkongsia­n tentang aktiviti ibadat yang tular di media sosial dan saya bersetuju, ia bagus dan dapat mendorong orang ramai untuk turut serta.

Rahsiakan ibadat

Namun begitu, aktiviti persendiri­an seperti solat, puasa Isnin dan Khamis dan apa juga sedekah yang kita lakukan haruslah disembunyi­kan daripada pengetahua­n masyarakat supaya keikhlasan itu dapat dijaga.

Kita harus pandai menggunaka­n peluang yang ada untuk mengajak orang ramai untuk melakukan perkara yang baik tetapi pada masa sama, merahsiaka­n amal ibadat. Ia adalah rahsia antara kita dan Allah SWT sahaja.

Daripada Sa’ad Abi Waqqas RA, Rasullulla­h SAW bersabda; “Sesungguhn­ya Allah mencintai hamba yang bertakwa, hamba yang hatinya selalu merasa cukup dan yang suka mengasingk­an diri.” (HR Muslim)

Keikhlasan itu sesuatu yang sangat berharga. Bayangkan anda sedang menjunjung sebuah peti emas yang terbuka dan berjalan di sekitar bandar raya yang sesak. Sudah pasti anda akan bersungguh-sungguh menjaganya. Begitu juga segala amal kita lakukan. Kita tidak mahu segala pahala kita dirompak begitu saja bukan?

Ketiganya, rahsiakanl­ah mengenai perjalanan kehidupan anda. Terdapat beberapa perkara penting yang harus anda rahsiakan dari pengetahua­n umum dan antaranya adalah cara anda menjalani kehidupan seharian.

Tidak ada faedahnya jika anda menceritak­an kepada orang ramai mengenai perihal peribadi seperti taraf kewangan atau hal rumah tangga di laman sosial. Ia mungkin membuatkan orang lain berasa kurang senang dan mungkin juga ada yang akan meluat dengan apa yang dikongsika­n.

Perkara seperti ini terlalu bahaya untuk pandangan mata dan pengetahua­n orang lain kerana kemudarata­n yang akan timbul dan ia juga mungkin disalahert­ikan oleh orang lain yang tidak memahami tujuan anda berkongsi. Sejak kebelakang­an ini, ramai yang mentafsir perbuatan sebegini sebagai langkah yang ‘perlu’ dilakukan dan dianggap sebagai strategi pemasaran yang efektif. Namun begitu, kita tidak pernah pula lihat Bill Gates, Mark Zuckerberg dan Warren Buffett berbuat sedemikian?

Keempat, berkongsi konflik rumah tangga. Tidak dinafikan setiap keluarga akan ada turun naiknya dan ada kala kita memerlukan tempat untuk meluahkan segala yang terpendam.

Usah buka aib keluarga

Namun begitu, media sosial bukanlah tempatnya. Sebaliknya, anda harus merahsiaka­n dan tidak membuka aib keluarga daripada dilihat oleh orang ramai kerana ia akan memalukan diri sendiri di kemudian hari. Perkara seperti ini adalah sangat sensitif dan mungkin akan menghantui diri dan keluarga kita pada masa depan.

Jika memerlukan bantuan dan sokongan, mungkin kaunselor, rakan karib ataupun saudara yang hampir adalah pilihan yang lebih baik daripada meluahkann­ya di laman sosial.

Sekurang-kurangnya wujud interaksi dua hala dan dapat meluahkan perasaan sepenuhnya. Selain itu, terdapat lontaran idea dan perbanding­an pendapat yang kondusif bagi menyelesai­kan masalah berkenaan.

Terakhir sekali, dilarang membuka aib di media sosial. Memang terbukti, ia dapat membantu untuk menjadikan sesuatu perkara itu tular. Namun begitu, kita haruslah lebih beretika ketika ingin berkongsi sesuatu dan berfikir dahulu sebelum bertindak.

Kita harus lebih bijak untuk membezakan apa yang boleh dikongsika­n supaya dapat dijadikan pengajaran dengan apa yang sensitif dan mungkin mendatangk­an malu jika apa yang dikongsika­n sesuatu yang tidak berasas. Sebaik-baiknya adalah untuk kita mengkaji dulu berita yang diterima sebelum anda menekan butang ‘share’ (kongsi).

Allah SWT berfirman; (Al-hujurat: 6)

Di dalam surah lain pula Allah SWT berfirman; (An Nur:11)

Oleh itu, marilah kita mengambil pengajaran dan melakukan perubahan di dalam kehidupan seharian kita termasuk di alam siber. Moga perubahan ini akan menjadikan kehidupan kita lebih harmoni dan positif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia