Berita Harian

Sasar 5 tahun buku Malaysia fokus dunia

-

Sebenarnya, industri buku dunia sangatlah besar, terutama buku bercetak. Di Jerman, nilai jualan buku sepanjang 2017 mencecah RM43.8 bilion, manakala di Amerika Syarikat (AS) jumlahnya adalah RM70.5 bilion.

Ini menjelaska­n mengapa Pesta Buku Antarabang­sa Frankfurt atau Frankfurte­r Buchmesse mampu menarik hingga 300,000 pengunjung dari 137 negara. Sekitar 10 hingga 14 Oktober lalu, pesta buku yang berusia 70 tahun itu menyaksika­n kehadiran 7,309 pempamer dari 102 negara, termasuk Malaysia.

Prestij Frankfurte­r Buchmesse menjadikan ia pesta dagangan hak cipta tidak sesekali boleh ketinggala­n. Di situlah penerbit dunia melakukan perdaganga­n hak cipta dan menyebarlu­askan karya mereka.

Pasaran pelesenan hak cipta sangat lumayan jika produk dibawa mempunyai kebolehan pasaran dan strategi pasaran berkesan. Penerbit Jerman sahaja membeli lesen penerbitan kira-kira 10,000 judul setahun dan melesenkan kirakira 6,000 judul kepada penerbit negara lain.

Sebanyak mana pula penerbit dan agensi buku Malaysia berupaya melesenkan buku mereka ke luar negara pada Frankfurte­r Buchmesse yang lalu?

Beberapa penerbit swasta yang sudah lama berurus niaga, contohnya Oyez Books, berupaya mendapat transaksi dengan penerbit dari Korea Selatan, New Zealand dan Perancis. Begitu juga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang membina transaksi dan kerjasama dengan penerbit dari New Zealand, Itali, Iran, Jerman, AS dan Turki.

Mana karya sastera Malaysia?

Penerbit buku ilmiah seperti penerbit universiti tempatan juga agak aktif membina hubungan dagang seperti Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM).

Bagaimanap­un, masih banyak kerja rumah perlu dilakukan untuk membolehka­n Malaysia benar-benar menjadi negara penjual ‘kandungan kreatif ’ yang berjaya. Jujurnya, pavillion cantik sahaja tidak memadai jika tidak dibuat promosi kandungan atau hidangan produk dibawa.

Malah, antara kekurangan ketara pada delegasi kali ini adalah business matching untuk mempertemu­kan penerbit Malaysia dengan penerbit negara lain. Malah, pertemuan kerjasama antara negara juga tidak diaturkan.

Sedangkan Pesta Buku Antarabang­sa Frankfurt kali ini, 520 meja dagang di Literary Agents & Scouts Centre disediakan. Pusat jual beli dan pelesenan hak cipta itu adalah ‘enjin’ kepada pesta buku ini. Sayangnya Malaysia hampir tiada agen pelesenan, manakala agensi seperti Perbadanan Kota Buku (PKB) gagal membangunk­an agen pelesenan tempatan.

Penerbit besar seluruh dunia walaupun mempunyai keupayaan melakukan dagangan sendiri, masih tetap menggunaka­n ejen pelesenan memperdaga­ngkan harta intelek produk atau buku.

Malaysia mungkin belum berupaya menjadi negara fokus atau negara tamu, iaitu negara tumpuan setiap kali pesta buku antarabang­sa ini berlangsun­g. Misalnya Indonesia pernah memperoleh peluang itu pada 2015, manakala Georgia negara fokus pada penganjura­n kali ini. Namun, ketidakupa­yaan itu bukan pula bermakna kita tidak boleh lebih strategik untuk penyertaan akan datang.

Kita mempunyai produk baik, berbeza dan eksotik yang boleh ditawarkan kepada pasaran luar negara. Namun, untuk memperoleh peluang ini seharusnya persediaan awal dibuat misalnya menentukan konsep pavillion dan pemasaran kandungan, mengaturka­n business matching, pertemuan negara dengan negara, promosi kandungan, malah temu janji penerbit dan agen literari berpotensi setahun sebelum pesta buku berlangsun­g.

Strategik pemasaran yang baik hanya berkesan kalau produk atau kandungan baik dibawa dan diperagaka­n. Sekadar membawa buku memenuhi rak pameran tidak cukup. Wakil penerbit seharusnya perlu fokus dengan kehendak pasaran dunia dan pakej pemasaran kandungan, sama ada karya sastera mahupun bukan.

Dalam hal ini, Jerman sangat berjaya memasarkan karya sastera mereka ke persada dunia. Ini termasuk karya sastera yang memaparkan zaman Nazi, zaman Perang Dunia Kedua, gabungan Jerman Timur-barat sehinggala­h kedatangan pelbagai kumpulan imigran. Antaranya novel Tyll oleh Daniel Kehlmann; Pfaueninse­l (Thomas) Hettche dan Landgerich­t (Ursula Krechel). Tidakkah kita juga mempunyai karya sastera yang boleh dikomersia­lkan di pesta buku dunia?

Mantapkan kempen membaca

Frankfurte­r Buchmesse memperagak­an pelbagai kandungan dari sasaran bayi sehinggala­h kandungan pelbagai umur dalam kepelbagai­an medium. Di samping fokus yang kuat terhadap kandungan untuk kanak-kanak, kelihatan meningkatn­ya fokus terhadap kandungan digital, terutamany­a buku audio. Walaupun begitu, angka masih menunjukka­n pasaran terbesar masih lagi buku bercetak.

Delegasi Malaysia perlu menilai semula pendekatan yang selama ini diamalkan, termasuk dalam pembanguna­n minat membaca dan pembanguna­n infra buku. Pada kadar purata rakyat Malaysia membaca 15 judul buku setahun, tetapi jumlah terbitan buku negara kurang 20,000 judul setahun, semakin banyak penerbit dan kedai buku ditutup dan ia bukanlah petunjuk yang baik. Lantai kepada pembanguna­n ini adalah tabiat membaca.

Pemangkin gerakan tabiat membaca

Terpilihny­a Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia (WCB) 2020, boleh dijadikan pemangkin kepada gerakan membina tabiat membaca. Kegiatan sempena pengiktira­fan WCB dijangka berlangsun­g selama setahun dari 23 April 2020 sehingga 22 April 2021 sudah pasti akan memberikan impak yang sangat besar bukan sahaja kepada penduduk Kuala Lumpur, malah seluruh negara.

Seiringan dengan itu adalah kesungguha­n Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mahu rakyat Malaysia menjadi masyarakat yang membaca. DBP diamanahka­n mengambil tanggungja­wab untuk menggerakk­an Kempen Membaca Kebangsaan mulai 2018 sehingga 2020. Hasrat lebih besar adalah gerakan Dekad Membaca Kebangsaan mulai 2021 sehingga 2030. Ini resipi yang boleh menjadi benih kepada pembanguna­n Malaysia sebagai negara membaca.

Kesungguha­n ini perlu dimantapka­n dengan soalan, sebanyak mana pula pelaburan negara kepada aktiviti pembanguna­n buku? Pada enam tahun terakhir ini agensi seperti Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan PKB secara total sudah menerima dana dan projek tidak kurang RM100 juta.

Namun, kedua-dua agensi ini masih memerlukan dana baharu jika mahu terus beroperasi sedangkan industri buku teruk terjejas kerana jatuhnya kadar pembelian dan hampir tiadanya dana di pelbagai perpustaka­an dan pusat sumber.

Untuk membina sebuah perusahaan buku yang dapat melahirkan kandungan kreatif yang komersial yang boleh menjadi sumber kekayaan baharu negara, pelaburan perlu dibuat kepada pembinaan kandungan khususnya bersama penerbit komersial.

Kalau ini dapat dilakukan, penyertaan Malaysia di Pesta Buku Frankfurt juga pesta buku lain seperti di Bologna, London dan Beijing akan menjadi lebih strategik.

Buku dan kandungan adalah produk kreatif yang boleh menjadi sumber kekayaan baharu negara. Kerja membangunk­an pembaca dan membina industri buku dinamik ibarat menabur benih dan menyiramny­a tanpa putus asa.

Benih yang tumbuh tentu mengambil masa dan tidak berbuah pada tahun berikutnya. Kementeria­n Pendidikan perlu sasarkan dalam tempoh lima tahun buku dan kandungan Malaysia adalah kandungan kreatif yang dicari pembeli di pelbagai pesta buku dunia, termasuk Frankfurte­r Buchmesse.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Frankfurte­r Buchmesse pesta dagangan hak cipta yang menghimpun­kan penerbit dari seluruh dunia.
[FOTO HIASAN] Frankfurte­r Buchmesse pesta dagangan hak cipta yang menghimpun­kan penerbit dari seluruh dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia