Berita Harian

Bangkai pesawat Lion Air dikesan

Objek 22 meter di bawah air dekat lokasi cetus satu realiti

-

Bangkai pesawat malang, penerbanga­n Lion Air kini dipercayai sudah ditemui, menurut seorang pemimpin kanan angkatan tentera Indonesia, semalam.

Ketika sama, dalam satu tindakan drastik, Jakarta turut mengarahka­n pemecatan pengarah teknikal penerbanga­n tambang murah itu serta kakitangan lain yang membenarka­n pesawat itu meneruskan penerbanga­n pada awal pagi Isnin lalu.

Pihak berkuasa berkata mereka yakin teknologi sonar berjaya mengesan lokasi Boeing 737-MAX yang terjunam ke dalam laut Isnin lalu mengorbank­an kesemua 189 penumpang dan anak kapal.

“Kami yakin sudah menemui sebahagian daripada fiuslaj pesawat JT 610,” kata ketua tentera, Hadi Tjahjanto kepada wartawan, semalam.

Lion akui pesawat ada masalah teknikal

Pihak berkuasa gigih untuk mengesan lokasi jet yang terhempas kirakira 30 hingga 40 meter ke dalam laut dengan harapan akan turut menemui perakam data penerbanga­n yang cukup penting untuk siasatan nahas.

Berpuluh-puluh penyelam menyertai misi dalam usaha mencari dan menyelamat yang membabitka­n lebih 1,000 kakitangan bersama helikopter dan kapal.

Pihak berkuasa bagaimanap­un menolak kemungkina­n dapat menemui mangsa yang terselamat.

Pegawai Boeing bertemu dengan Lion Air, semalam selepas Indonesia mengarahka­n pemeriksaa­n dilakukan ke atas jet 737-MAX buatan Amerika Syarikat itu.

Pesawat malang yang pernah diselengga­ra beberapa bulan lalu itu, dalam perjalanan ke bandar Pangkal Pinang apabila ia terhempas di Laut Jawa, sejurus selepas meminta untuk berpatah balik ke Jakarta.

Pakar penerbanga­n bagaima- napun berkata masih terlalu awal untuk menentukan punca yang mengakibat­kan nahas itu.

Menjunam secara mendadak

Terdahulu, Lion mengakui pesawat itu mengalami masalah teknikal yang tidak dapat dipastikan dalam penerbanga­n sebelumnya selain muncung pesawat yang menjunam secara mendadak hanya 12 minit sejurus berlepas.

Ia menimbulka­n persoalan kaitannya dengan pincang fungsi khususnya untuk model yang baru dikeluarka­n, termasuk kerosakan pada sistem kelajuan dan ketinggian (altitud) pesawat.

“Gambaran yang lebih besar di sini adalah, banyak syarikat penerbanga­n Amerika yang terbang menggunaka­n pesawat yang sama,” kata pakar penerbanga­n, Stephen Wright dari Universiti Leeds. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia