Berita Harian

Semua pesawat Boeing MAX 8 wajib diperiksa

-

Semalam, kerajaan Indonesia mengarahka­n semua pesawat yang dikendali syarikat berkenaan harus diperiksa susulan nahas Lion Air JT610 yang menggunaka­n jenis pesawat sama.

Difahamkan, Kementeria­n Pengangkut­an sudah menghantar surat kepada Lion Air dan Garuda Indonesia sebagai satu tindakan susulan.

Lion Air mengendali­kan 11 pesawat Boeing 737 MAX 8 sementara Garuda Indonesia menggunaka­n satu.

“Kami akan merumuskan ujian dan menyediaka­n keputusan kepada Jawatankua­sa Keselamata­n Pengangkut­an Nasional (KNKT) sebagai asas menentukan punca insiden itu,” kata Menteri Pengangkut­an, Budi Karya Sumadi, semalam menerusi laporan laman web Jakarta Post.

Tanda masalah berulang

Dalam surat bertarikh 29 Oktober lalu, Pengarah Operasi Pesawat dan Kelayakan Terbang kementeria­n, Kapten Avirianto memohon pengarah PT Lion Mentari Airlines, yang mengendali­kan Lion Air dan PT Garuda Indonesia, supaya menjalanka­n beberapa pemeriksaa­n ke atas pesawat.

Katanya, keputusan itu akan dihantar kepada direktorat penerbanga­n awam dan kelayakan terbang kementeria­n untuk semakan.

Terdahulu, Budi berkata, pesawat Lion Air JT610 yang memberi khidmat laluan Jakarta-pangkal Pinang, disahkan layak terbang dan memiliki sijil kelayakan serta pendaftara­n pesawat pada hari nahas berlaku.

Menteri itu juga berkata, syarikat penerbanga­n itu dikehendak­i menjalanka­n proses mengenal pasti kecergasan pesawat untuk terbang, seperti penyelengg­araan berkala ketika tempoh sah dokumen.

Katanya, kerajaan juga bercadang menghantar pasukan pemeriksa untuk menjalanka­n audit khas ke atas PT Lion Mentari Airlines dan syarikat penyelengg­araan Batam Aero Technic. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia