Berita Harian

Tujuh maut, 30 terperangk­ap insiden tanah runtuh

-

Manila

Stanah runtuh. Menurut pengarah pejabat pertahanan awam, Ruben Carandang, satu mayat ditemui di tapak kejadian, daripada sejumlah tujuh yang maut, kelmarin di empat wilayah di rantau Cordillera.

Penduduk masih hidup

Taufan Yutu membadai pulau utama Luzon, kelmarin membawa angin dengan kelajuan 140 kilometer sejam serta angin kencang sehingga 230 kilometer sejam, sebelum beredar waktu malam.

Ribut berlaku enam minggu selepas Taufan super Mangkhut mencetuska­n hampir 50 kejadian tanah runtuh di Cordillera­s, mengorbank­an lebih 70 orang.

“Dalam gambar dihantar kepada saya pagi ini, bangunan tidak rata. Pintu terbuka serta ruang terbuka. Ada kemungkina­n masih ada penduduk yang hidup. Mereka tidak akan mati jika tidak dihempap sesuatu,” kata Carandang menerusi telefon.

Agensi bencana berkata, 20 buruh, seorang jurutera, tiga pengawal keselamata­n serta enam atau tujuh penduduk berteduh daripada taufan berada dalam bangunan.

Enam daripada mangsa maut di rantau Cordillera terbunuh dalam tanah runtuh serta lemas dalam sungai melimpah manakala empat daripada mangsa adalah kanakkanak berusia antara lima dan 11 tahun.

Radio melaporkan, seorang lelaki terkena renjatan elektrik di wilayah Isabela di mana Yutu mendarat. Agensi bencana negara melaporkan, tiada kematian disahkan namun tujuh orang ‘maut’ akibat tanah runtuh. REUTERS

 ??  ?? Petugas penyelamat dan penduduk tempatan mencari mangsa yang terperangk­ap selepas runtuhan di Natonin, Wilayah Gunung di utara Filipina semalam.
Petugas penyelamat dan penduduk tempatan mencari mangsa yang terperangk­ap selepas runtuhan di Natonin, Wilayah Gunung di utara Filipina semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia