Berita Harian

25 terbunuh helikopter terhempas

-

Herat: Dua insiden yang mengorbank­an puluhan nyawa menggegar Afghanista­n, semalam.

Dalam insiden pertama, sekurang-kurangnya 25 orang maut selepas sebuah helikopter milik tentera Afghanista­n dilaporkan terhempas di barat negara ini, semalam.

Di Kabul, sekurangku­rangnya tujuh orang maut selepas sebuah van meletup akibat serangan pengebom nekad dekat penjara di sini, manakala lapan lagi cedera.

Jurucakap polis, Basir Mujahid berkata ketika insiden itu, kenderaan berkenaan membawa kakitangan untuk melalui pintu masuk ke kemudahan penjara. Belum ada pihak yang mengakui bertanggun­gjawab ke atas letupan tetapi militan Daesh mendakwa mereka menyerang kebanyakan kawasan serangan di Kabul dalam tempoh beberapa bulan lalu.

Akibat cuaca buruk

Sementara itu, jurucakap gabenor, Nasir Mehri said berkata, helikopter itu dipercayai terhempas akibat ‘cuaca buruk’ di daerah Dara Anar yang tertetak di wilayah Farah. Militan Taliban mengakui tenteranya menembak jatuh helikopter itu.

Mehri menambah, keduadua juruterban­g dan semua 23 penumpang terbunuh.

Antara yang terbunuh ialah Komander Pasukan Tentera Barat Afghanista­n dan Ketua Majlis Wilayah Farah.

Ahli Majlis Wilayah, Dadullah Qaneh berkata helikopter dipercayai melanggar puncak pergununga­n akibat cuaca buruk ketika dalam perjalanan menuju ke destinasi terletak di wilayah Herat, dekat sini. AFP

 ??  ?? Pegawai keselamata­n Afghanista­n memantau kawasan letupan selepas serangan bom nekad di Kabul, semalam yang membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang dalam van.
Pegawai keselamata­n Afghanista­n memantau kawasan letupan selepas serangan bom nekad di Kabul, semalam yang membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang dalam van.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia