Berita Harian

Solari sedia pacu Real

Pengendali sementara Los Blancos tak gemar dibandingk­an dengan Zidane

-

Ketika Santiago Solari bersiap sedia menempuh perlawanan pertama bersama Real Madrid, pengendali sementara kelab gergasi Sepanyol ini tidak gemar jika dibandingk­an dengan legenda kelab, Zinedine Zidane.

Solari dinamakan selaku pengemudi sementara kelab apabila Julen Lopetegui dipecat selepas kekalahan memalukan 1-5 kepada Barcelona pada pertembung­an El Clasico, Ahad lalu.

Bekas pemain antarabang­sa Argentina yang juga pemain tengah Real Madrid ini dinaikkan pangkat untuk mengemudi kelab utama dan sebelum ini menjadi jurulatih pasukan kedua Madrid, Castilla.

Sebelum ini, Zidane juga pernah melakukan perkara sama pada 2016, namun Solari lebih gemar memilih untuk merendah diri.

“Biarkan beliau hidup dengan tenang, Zinade adalah seorang daripada ikon terhebat Real Madrid,” katanya.

“Tiada kata-kata yang sesuai untuk menggambar­kan Zizou, biarkan beliau dengan kehebatann­ya dan jangan bandingkan kami. Tiada sesiapa layak dibandingk­an dengannya.

Zidane mengemudi Madrid untuk tempoh dua tahun setengah dan berjaya membawa kelab menjulang trofi Liga Juara-juara sebanyak tiga kali berturut-turut dan memenangi gelaran La Liga, sebelum meletak jawatan pada Mei lalu.

Solari pula akan mengemudi Madrid buat pertama kali dalam pertembung­an Copa del Rey menentang Melilla, pagi ini namun beliau berdepan tugas sukar dan cukup terdesak untuk mendapat keputusan positif secepat mungkin.

Ketinggala­n 7 mata

Selepas mengharung­i 10 perlawanan La Liga setakat ini, skuad Los Blancos ketinggala­n tujuh mata di belakang Barcelona yang mendahului saingan dengan 21 mata, satu mata mengatasi pasukan tangga kedua, Alaves.

Kelab itu juga perlu bekerja keras untuk terus kekal dalam saingan Liga Juara-juara jika mahu melangkah ke pusingan kalah mati.

Madrid kini meraih enam mata selepas tiga perlawanan tetapi berjaya mempamerka­n aksi menyakinka­n ketika menumbangk­an AS Roma 3-0, pada aksi pembukaan.

 ??  ?? Solari ketika mengendali latihan skuad Real Madrid.
Solari ketika mengendali latihan skuad Real Madrid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia