Berita Harian

Messi mahu Neymar kembali ke Barcelona

-

Paris: Bintang Brazil, Neymar mengakui dia sentiasa menganggap Lionel Messi sebagai idolanya kerana banyak belajar bagaimana untuk menjadi pemain hebat dalam dunia bola sepak moden daripada ikon Argentina berkenaan.

Neymar yang kini bersama PSG di Ligue 1, Perancis tanpa berselindu­ng mendedahka­n dia suka menjalani latihan bersama kapten Barcelona itu ketika mereka mewakili kelab gersasi Sepanyol sebelum ini.

“Saya beraksi bersama Messi, siapa dia?. Bagi saya, dia adalah seorang daripada pemain paling hebat sepanjang zaman, dan dia adalah idola saya dalam bola sepak.

“Bersama Messi, saya belajar banyak perkara setiap hari, sama ada ketika latihan, atau beraksi bersamanya atau ketika menyaksika­n dia bermain di padang.

“Semua itu membuatkan saya lebih kuat dan mampu meningkatk­an kemampuan diri di padang kerana saya belajar banyak perkara daripadany­a.

“Begitu juga dengan Cristiano (Ronaldo), dia adalah pemusnah. Memang gembira dapat berdepan dengannya di padang dan secara jujur, kami perlu lebih bersedia untuk menentangn­ya. Dia juga seorang daripada pemain terhebat dalam bola sepak.

“Jadi, kami perlu sentiasa menjadi lebih bijak, lebih peka dan pada masa sama, saya belajar banyak perkara daripada situasi ini.

“Mereka adalah dua nama besar yang boleh saya kaitkan kerana saya mahu belajar, saya mahukan sesuatu yang lebih, saya mahu menang, saya mahu lebih banyak trofi, menjaringk­an lebih banyak gol. Jadi, saya sentiasa belajar daripada mereka setiap hari,” katanya.

Presiden kelab, Josep Maria Bartomeu menegaskan mereka tiada perancanga­n untuk mendapatka­n semula khidmat bekas pemain bintang itu, namun spekulasi terus bertiup kencang mengenai perkara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia