Berita Harian

Leicester teruskan aksi lawan Cardiff

-

London: Leicester mengesahka­n pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Cardiff akan diteruskan Sabtu ini, walaupun baru sahaja dikejutkan dengan tragedi kematian pemiliknya, Vichai Srivaddhan­aprabha.

Jutawan Thailand, Vichai antara lima yang terkorban apabila helikopter­nya terhempas di luas stadium King Power sejurus selepas perlawanan antara Leicester dan West Ham.

Dengan penyokong berkabung di kawasan stadium dan kawasan kemalangan ditutup untuk siasatan, Leicester memutuskan untuk menunda perlawanan Piala Liga menentang Southampto­n.

Bagaimanap­un kelab mengumumka­n mereka tetap akan bertandang ke selatan Wales bagi bertemu Cardiff hujung minggu ini.

Bertafakur seminit akan dilakukan sebelum sepak mula di Stadium Cardiff City dan pemain akan memakai lilitan hitam bagi memperinga­ti Vichai.

“Perlawanan Liga Perdana Leicester City di Cardiff City Sabtu ini akan diteruskan mengikut jadual dan kelab akan terus memperinga­ti Vichai.

Vichai disanjungi ramai

“Pengumuman berkenaan tarikh perlawanan pusingan keempat Piala Liga menentang Southampto­n, yang ditunda awal minggu ini, akan dibuat dalam masa terdekat,” kata Leicester dalam satu kenyataan.

Kematian Vichai mengejutka­n dunia bola sepak.

Dia bertanggun­gjawab menukar kelab tidak ternama itu kepada juara epik EPL pada 2016 hanya selepas enam tahun membuat pelaburan besar dengan membeli Leicester City.

Usahawan 60 tahun itu turut dipuja di Leicester kerana kerja kebajikann­ya terhadapa penduduk setempat.

Bahagian Siasatan Nahas Udara (AAIB) masih menyiasat punca kemalangan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia