Berita Harian

Hafizh Syahrin main psikologi

Cabar diri catat persembaha­n terbaik di Sepang

- Oleh Sukhairi Thani

Pelumba Motogp negara, Hafizh Syahrin Abdullah bermain psikologi apabila mencabar dirinya untuk melakukan yang terbaik pada perlumbaan di Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di Sepang hujung minggu ini.

Pelumba pasukan Monster Yamaha Tech3 itu gagal menamatkan perlumbaan di GP Australia minggu lalu selepas bermula dari petak ke-10 - grid terbaik dimilikiny­a pada musim pertama beraksi dalam kelas perdana Motogp tahun ini.

“Perlumbaan minggu ini, saya cuba buat yang terbaik,” kata Hafizh.

“Sekarang, saya cuba mencabar diri untuk buat yang terbaik di Sepang.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudah membeli Pelumba Motogp negara tiket yang jumlahnya melebihi tahun lalu.

Beri rangsangan

“Sudah tentu ia akan memberi rangsangan kepada saya cuba buat yang terbaik tahun ini dan beri saingan kepada semua pelumba sama seperti yang dilakukan di Phillip Island. Cuma saya perlu belajar menghabisk­an perlumbaan,” katanya.

Dalam pada itu, Hafizh juga memberitah­u yang motosikaln­ya bakal dibekalkan dengan ‘winglet’ sama seperti digunakan rakan sepasukann­ya, Johann Zarco.

“Di Buriram (GP Thailand), tak banyak yang diperbahar­ui cuma suspensi enjin yang memerlukan kuasa untuk mengekalka­n kelajuan.

“(Perlumbaan di Sepang), kekal yang sama tetapi mungkin dapat winglet seperti Zarco sekali gus saya berjanji akan cuba lakukan yang terbaik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia