Berita Harian

Tuuli tak sabar beraksi

-

Kuala Lumpur: Pelumba PETRONAS Sprinta Racing, Niki Tuuli tidak begitu bertuah selepas menggantik­an Zulfahmi Khairuddin dalam kelas Moto2 awal tahun ini, namun jelas tidak sabar untuk membuat penampilan pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia, hujung minggu ini.

Biarpun mencetus permulaan positif di Le Mans dan Mugelli, Tuuli mengalami insiden yang memaksanya menjalani pembedahan jari kiri selepas terjatuh ketika sesi kelayakan di Assen, Julai lalu.

Dia kemudianny­a berehat dan melupakan perlumbaan di Sachsenrin­g kerana belum pulih selain memerlukan masa untuk kembali menemui rentak diperlukan.

Tuuli meraih mata pertama dalam kejuaraan dunia di Thailand bulan lalu apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-15, namun sekali lagi dinasihatk­an tidak menyertai saingan di Phillip Island minggu lalu selepas terjatuh ketika sesi latihan.

Sudah pulih

Pelumba berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan belakang namun mengesahka­n sudah pulih sepenuhnya bagi aksi di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC).

“Amat sukar bagi Moto2, persaingan yang berada pada tahap tinggi, semua pelumba pantas dan motosikal itu sendiri sukar ditunggang. Saya mempelajar­i banyak perkara dan perjalanan saya masih jauh,”

“Saya juga cedera ( jari) dan tercicir banyak perlumbaan. Ia sukar kerana ada rasa sakit di jari apatah lagi saya juga memakai sarung tangan ketika berlumba,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia