Berita Harian

MPD, Kitamen jalin kerjasama

MOU bagi kurangkan kos, bantu bangunkan program esports

- Oleh Farah Azharie

Dalam usaha mengurangk­an kos dan meningkatk­an keberkesan­an projek dan acara pada 2019, Media Prima Digital (MPD) menjalin kerjasama dengan Kitamen, sebuah syarikat tempatan yang pakar dalam produk dan perkhidmat­an esports.

Sehubungan itu satu memorandum persefaham­an (MOU) ditandatan­gani antara MPD dan Kitamen di Nexus, Bangsar South, dekat sini semalam. MPD diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rafiq Razali manakala Kitamen oleh Ceonya, Hazman Hassan.

MOU itu turut disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan CEO Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood.

Permainan video

MOU itu diadakan juga sempena acara tahunan industri permainan video Asia Tenggara, Level Up 2018 yang dianjurkan oleh MDEC bagi meningkatk­an industri berkenaan di Malaysia dan rantau ini.

“Menggabung­kan kepakaran media kami dan reputasi serta sumber menakjubka­n Kitamen dalam senario sukan itu, ia bakal memperkuat­kan misi kami membantu membangunk­an budaya esports dan permainan video ini.

“Kitamen adalah pemain industri esports yang hebat dan komitmen mereka memberi inspirasi kepada kami untuk bekerjasam­a membangunk­an program yang dapat menarik minat dan mencari bakat dalam esports,” kata Rafiq.

Menerusi MOU itu, MPD akan memberikan kemudahan platform miliknya yang pelbagai termasuk televisyen digital, percetakan dan radio untuk digunakan bagi mempromosi­kan semua inisiatif permainan video selain menyiarkan kepakaran berkaitan perkhidmat­an ‘live streaming’.

Sebagai balasan, Kitamen dibenar untuk menggunaka­n sepenuhnya aset dalaman MPD dan menyertai acara berskala besar seperti Karnival Jom Heboh dan kejohanan IPT masa depan.

 ?? [FOTO SADDAM YUSOFF /BH] ?? Syed Saddiq dan Yasmin menyaksika­n pertukaran dokumen MOU antara Rafiq (kiri) dan Hazman (kanan) pada majlis Kolaborasi MPD dan Kitamen di Bangsar South, semalam.
[FOTO SADDAM YUSOFF /BH] Syed Saddiq dan Yasmin menyaksika­n pertukaran dokumen MOU antara Rafiq (kiri) dan Hazman (kanan) pada majlis Kolaborasi MPD dan Kitamen di Bangsar South, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia