Berita Harian

Beri penjelasan kepada persatuan

-

Kuala Lumpur: Bekas Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi menyambut baik keputusan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) menstruktu­r semula Program Podium dan meletakkan­nya di bawah kendalian Majlis Sukan Negara (MSN).

Namun, katanya, KBS dan MSN perlu memberikan penjelasan lebih terperinci kepada persatuan sukan terbabit mengenai proses penstruktu­ran semula program itu.

Ia terutama membabitka­n kedudukan dan kriteria atlet yang layak berada dalam tahap satu hingga empat bagi mengelak pembaziran dana, kekeliruan serta pertindiha­n.

"Dalam pengumuman dibuat Menteri Belia dan Sukan (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) semalam (kelmarin) ramai yang kurang jelas mengenai kedudukan atlet dalam keempatemp­at tahap berkenaan.

Elak pertindiha­n

“Sebagai contoh sukan terjun yang berada dalam Tahap Satu (Sukan Olimpik), Tahap Dua (Sukan Asia/komanwel) dan Tahap Tiga (Sukan SEA).

"Adakah mereka dari kelompok atlet yang sama atau berlainan? Adakah atlet terjun yang tersenarai dalam Tahap Satu ke Olimpik Tokyo 2020 turut disenaraik­an dalam Tahap Dua dan Tiga?

"Saya berpandang­an jika seseorang atlet berkenaan sudah tersenarai dalam Tahap Satu, mereka tidak perlu berada dalam Tahap Dua dan Tiga lagi bagi mengelakka­n kekeliruan dan pertindiha­n serta pembaziran," katanya semalam.

Kok Chi turut berharap KBS dan MSN memberikan penjelasan secara terperinci mengenai kriteria dan kelayakan yang melayakkan mereka berada dalam setiap tahap berkenaan.

"MSN juga perlu menjelaska­n sama ada pembahagia­n mengikut tahap ini adalah merangkumi program pembanguna­n sukan dan atlet pelapis pada peringkat akar umbi. Apa nasib sukan dan atlet yang tidak tersenarai dalam Tahap Satu, Dua atau Tiga.

"Perkara berkenaan penting kerana MSN adalah tunjang utama kepada program pembanguna­n hampir semua jenis sukan di peringkat akar umbi," katanya.

Kok Chi berkata KBS dan MSN juga sudah boleh menentukan siapa atlet yang layak berada pada Tahap Satu untuk menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020 berdasarka­n prestasi mereka di Sukan Asia Jakarta-palembang dan Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia