Berita Harian

Sasar 5 terbaik Asia pada 2030

Tiga pelan dirangka lonjak pembanguna­n bola sepak

- Oleh Syafiq Aznan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam melancarka­n pelan hala tuju atau roadmap untuk meletakkan kembali Malaysia antara lima negara terbaik Asia menjelang 2030.

Pelan hala tuju dalam tempoh 12 tahun yang diberi nama F:30 itu terbahagi kepada tiga pelan strategik atau fasa.

Bagi fasa pertama dari 2019 hingga 2022, ia memfokuska­n untuk membina asas yang kukuh dari sudut tadbir urus, pertanding­an, pembanguna­n modal insan dan infrastruk­tur.

Pasukan bertaraf dunia

Fasa kedua dari 2023 hingga 2026 pula adalah untuk mencapai peringkat Asia, manakala fasa ketiga (20272030) bermatlama­t melahirkan pasukan kebangsaan bertaraf dunia.

Pelan hala tuju F:30 itu dirasmikan bersama oleh Presiden Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA), Gianni Infantino; Presiden Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC), Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa dan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ahli Majlis FIFA, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Setiausaha Agung FIFA, Fatma Samoura dan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John serta ahli jawatankua­sa eksekutif FAM dan perwakilan dalam kalangan ahli gabungan badan induk itu.

Mengumumka­n pelan hala tuju itu, Hamidin berkata, ia adalah agenda negara dan memerlukan pembabitan semua pihak untuk mencapai objektif yang sama, sekali gus merealisas­ikan visi berkenaan.

Beliau menyifatka­n F:30 sebagai simbol kesungguha­n FAM melaksanak­an pelan pembanguna­n menyeluruh di setiap lapisan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara bola sepak yang disegani.

“Tempoh 12 tahun adalah sasaran realistik selepas mengambil kira ekosistem bola sepak tempatan ketika ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia