Berita Harian

Malaysia tak perlu tunggu lahir ‘Messi’, ‘Ronaldo’

-

Kuala Lumpur: “Malaysia tidak perlu menunggu Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo lahir di sini untuk meraih kejayaan,” kata Presiden Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA), Gianni Infantino.

Beliau berkata demikian kerana yakin Program F:30 yang dilancarka­n Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam mampu meningkatk­an kualiti bola sepak di negara ini, sekali gus mencerahka­n lagi impian skuad Harimau Malaya beraksi di Piala Dunia pada masa akan datang.

Katanya, FIFA sentiasa menyokong ahli gabungan yang menunjukka­n kesungguha­n membangunk­an sukan terbabit di setiap peringkat dan mengakui pelan yang dilancarka­n FAM berkenaan sejajar dengan ‘Program FIFA Forward’ khusus bagi memperkasa negara anggota badan induk itu.

“Pada pandangan saya, pelan ini satu perancanga­n yang baik dan saya percaya Malaysia dapat menikmati hasilnya dalam jangka Presiden FIFA masa panjang.

Bentuk hala tuju lebih baik

“Malaysia antara negara yang begitu ghairah terhadap bola sepak. Jadi sudah tentu ini akan membantu membentuk hala tuju ke arah yang lebih baik.

“Bagi mencapai kejayaan, ia memerlukan banyak proses dan kita tidak seharusnya bersandark­an kepada satu keputusan sematamata. Tiada rahsia meraih kejayaan kecuali kerja keras meski pun ia hanya setapak demi setapak, pastikan ia berterusan.

“Lebih mustahak, ia perlu mendapat kerjasama semua pihak untuk menjayakan­nya,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Program F:30 di sini, semalam.

Program F:30 itu ialah pelan hala tuju atau ‘Roadmap’ FAM dalam tempoh 12 tahun dan antara inti patinya ialah menetapkan Harimau Malaya akan kembali ‘mengaum’ sebagai antara lima negara terbaik Asia menjelang 2030.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia