Berita Harian

Melaka United tawar Zainal ganti Elavarasan

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Bekas pengendali Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan kian hampir mengisi kekosongan yang ditinggalk­an E Elavarasan di Melaka United (MU).

Perkembang­an itu dimaklumka­n oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang mengesahka­n pihaknya sudah menghantar surat tawaran sebagai pengendali baharu pasukan itu semalam.

“Presiden (Adly Zahari) sudah memberikan lampu hijau kepada pasukan untuk mengambil Zainal selaku jurulatih dan hari ini (semalam), saya bersama wakil presiden sudah menyerahka­n surat tawaran kepada Zainal.

“Saya menjangkak­an dalam masa terdekat, Zainal akan ke Melaka untuk menandatan­gani kontrak. Kita mahukan perkara ini diselesaik­an segera supaya memudahkan lagi persiapan pasukan untuk musim depan,” katanya selepas pelancaran F:30 di sini, semalam.

Prestasi buruk

Pada awal musim lalu, MU mendapat sentuhan Eduardo Almeida namun prestasi buruk skuad Hang Tuah memaksa dia digantikan Elavarasan.

Sentuhan pengendali baharu itu berjaya memastikan skuad berkenaan kekal bersaing dalam Liga Super musim depan.

Namun, bekas pengendali PKNS FC itu membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak sekali gus menyaksika­n MUSA perlu mencari calon lain bagi mengisi posisi jurulatih untuk musim 2019.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan bekas jurulatih Selangor itu untuk mengemudi pasukan, Yusoff menjelaska­n Zainal masih memiliki auranya yang tersendiri selain memiliki pengalaman luas dalam mengendali­kan pasukan dalam kancah bola sepak tempatan.

“Sebelum ini, dia mengendali­kan pasukan Liga Perdana. Jadi kami melihat ini sebagai peluang untuk Zainal kembali ke saingan Liga Super dan membuktika­n kemampuann­ya di pentas lebih tinggi sama seperti sebelum ini.

“Kami mengharapk­an peluang ini mampu menjadi motivasi kepada Zainal sekali gus menjadikan Melaka sebagai pencabar pada musim depan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia