Berita Harian

KY Mustafa Pengerusi Lembaga Pengarah UMS

Pelantikan bagi tempoh tiga tahun bermula 1 November 2018

- Oleh Wan Faizal Ismayatim

Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengalu-alukan pelantikan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk KY Mustafa sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UMS yang baharu.

Beliau menggantik­an Datuk Dr Mohd Sofi Osman yang sebe lum ini pelantikan­nya mendapat bantahan beberapa pihak kerana beliau bukan dalam kalangan anak Sabah.

Menurut kenyataan Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat (PPSKK) UMS hari ini, pelantikan dari Kementeria­n Pendidikan itu selaras peruntukan Seksyen 17(1)(a) Perlembaga­an UMS (Pengerusi).

Ia bagi tempoh tiga tahun berkuatkua­sa 1 November 2018 hingga 31 Oktober 2021.

Realisasi agenda UMS

“Warga UMS ingin merakamkan setinggiti­nggi ucapan tahniah dan syabas kepada Datuk KY Mustafa atas pelantikan ini.

“Berdasarka­n pengalaman luas dalam sektor awam dan sektor korporat, UMS yakin beliau bersama ahli Lembaga Pengarah yang lain, mampu Pengerusi PENGASAH memacu kecemerlan­gan UMS dalam pelbagai aspek.

“Selain merealisas­ikan agenda UMS menghasilk­an graduan future-proof demi menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0,” kata kenyataan itu.

KY Mustafa yang berasal dari Sandakan adalah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dari 2000 hingga 2007 serta bekas ahli Lembaga Pengarah UMS bagi tempoh sama.

Barubaru ini, beberapa pihak khususnya pembangkan­g mempersoal­kan tindakan melantik Mohd Sofi selaku tokoh luar yang bukan berasal dari Sabah sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UMS.

Dr Mohd Sofi yang sebelum ini dilantik menggantik­an Tun Zaki Azmi, sepatutnya memikul amanah itu berkuatkua­sa pada 1 Oktober 2018 hingga 30 September 2021.

 ??  ?? KY Mustafa
KY Mustafa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia