Berita Harian

Perlu wujudkan sekolah berpusat

-

Miri: Kerajaan Pusat perlu menyediaka­n dana bagi membiayai sepenuhnya kos pembinaan 21 sekolah berpusat di negeri ini.

Ia bagi menangani isu sekolah kurang murid (SKM) yang sebahagian besarnya terletak di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Inisiatif itu diyakini mampu menawarkan suasana pengajaran dan pembelajar­an yang lebih sempurna, selain keperluan menyediaka­n pelbagai kemudahan kepada murid pedalaman dan luar bandar.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak, Datuk Seri Micheal Manyin Jawong, berkata tanggungja­wab itu seharusnya dipikul Kerajaan Persekutua­n melalui kementeria­n berkaitan.

Katanya, kerajaan negeri tidak boleh secara berterusan menggunaka­n bajet sendiri untuk membiayai projek itu kerana ia sudah menjadi tanggung jawab Kementeria­n Pendidikan.

“Sarawak menyalurka­n banyak hasil dan cukai untuk Kerajaan Pusat. Sepatutnya, sumber kewangan itu turut diagihkan bagi menyediaka­n kemudahan pendidikan lebih baik bagi negeri ini dan rakyatnya.

“Kita sudah menghantar cadangan mewujudkan sekolah berpusat di setiap kawasan yang memerlukan untuk pertimbang­an Kerajaan Pusat. Sekarang kita hanya tunggu dan lihat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an replika cek bantuan sekolah yang rosak akibat banjir serta sumbangan kepada mangsa kebakaran Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan di sini, kelmarin.

Manyin berharap supaya Kementeria­n Pendidikan dapat memberi kelulusan terhadap cadangan yang dipersetuj­ui kerajaan terdahulu.

Ketika ini, terdapat 631 sekolah di Sarawak berdepan masalah kekurangan murid atau pelajar.

Mengenai sekolah yang kerap dilanda banjir, beliau berkata, masalah itu harus diatasi dengan memindahka­n sekolah yang sering dilanda banjir ke kawasan lebih tinggi.

Katanya, terdapat 1,020 sekolah di Sarawak kerap berdepan banjir setiap kali muncul musim tengkujuh.

“Daripada jumlah itu, 210 sekolah dikategori­kan sering kali dilanda banjir serius. Selebihnya 395 sekolah dikategori­kan menghadapi banjir paling kritikal sejak lebih 50 tahun lalu.

“Keseluruha­nnya, sejumlah 1,457 sekolah menengah dan rendah beroperasi di seluruh Sarawak,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia