Berita Harian

Produk kayu perlu dipelbagai­kan

-

Sibu: Pemain industri perkayuan di Sarawak digesa mempelbaga­ikan produk mereka, khususnya pembuatan perabot bagi menampung pasaran eksport.

Gesaan itu sebahagian daripada pelan transforma­si sektor perkayuan negeri bagi mengurangk­an kebergantu­ngan kepada industri berasaskan primer dan pertengaha­n.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, berkata industri perkayuan negeri ini harus memberi tumpuan terhadap industri tertiari, terutama aspek pembanguna­n perabot dan produk nilai tambah.

“Di Sarawak, sektor pembuatan perabot masih kecil dan berada di peringkat awal pembanguna­n.

“Ini dibuktikan melalui pencapaian eksport perabot dan komponenny­a tahun lalu yang hanya merekodkan nilai RM46.7 juta berbanding keseluruha­n jumlah eksport kayu mencecah RM6.13 billion,“katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sambutan Ulang Tahun Ke45 Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) Wilayah Tengah di sini, kelmarin.

Len berkata, semua pemain industri dan agensi berkaitan juga diharap dapat bersama PUSAKA meningkatk­an aktiviti nilai tambah produk kayu dan menjalanka­n inisiatif mengembang­kan lagi pasaran produk perkayuan ke negara berpotensi.

Potensi untuk bersaing

“Kita yakin industri berasaskan kayu berpotensi untuk bersaing dengan negara maju, terutama dalam penggunaan teknologi digital,” katanya.

Beliau juga mahu melihat industri ini bergerak pantas dan terus berkembang secara mampan agar ia dapat membantu memaksimum­kan sumban gan ekonomi negeri.

“Projek ladangan hutan yang dibangunka­n di Bintulu berupaya memastikan bekalan sumber kayu yang berterusan, terutama untuk keperluan industri.

“Industri ini juga memberi pulangan ekonomi dan kewangan yang menggalakk­an pada masa depan, menyumbang ke arah pemelihara­an alam sekitar dan ekologi di kawasan terbabit,“katanya.

Industri perkayuan adalah antara empat penyumbang utama pendapatan negeri, selain sektor minyak dan gas, begitu juga pembuatan serta pengilanga­n.

 ?? [ FOTO HARUN YAHYA/ BH ] ?? Len Talif (tengah) memotong kek ulangtahun ke-45 PUSAKA.
[ FOTO HARUN YAHYA/ BH ] Len Talif (tengah) memotong kek ulangtahun ke-45 PUSAKA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia