Berita Harian

Tinggalan kem tawanan perang perlu penjagaan

Pengunjung Taman Peringatan Sandakan syor lokasi dipasang atap

- Oleh Poliana Ronnie Sidom

Pengunjung Taman Peringatan Sandakan di sini, mencadangk­an agar barangan tinggalan kem tawanan perang yang ada di taman itu dipasang atap bagi mengelak struktur barangan rosak.

Tiga barangan tinggalan itu membabitka­n dandang dan alternator iaitu sebahagian daripada loji jana kuasa elektrik untuk kem tawanan perang serta mesin penggali parit dipercayai pernah digunakan pihak Jepun dalam pembinaan lapangan udara.

Sudah berkarat

Pengunjung, Azlan Saif Hasbullah, 35, berkata dia bersenam di taman berkenaan hampir setiap petang sejak dua tahun lalu dan kerap memerhatik­an barangan tinggalan bersejarah itu.

“Sekarang pun keadaannya sudah terlalu berkarat. Mungkin strukturny­a akan bertambah rosak jika terus terdedah kepada hujan dan panas.

“Jika atap dibina, mungkin mampu mengurangk­an sedikit risiko barangan daripada lebih cepat rosak,” katanya.

Taman itu yang terletak berhampira­n Taman Rimba, di Batu 7, di sini diisytihar­kan tapak peringatan oleh kerajaan negeri bagi memperinga­ti tawanan perang yang menderita dan mati di kawasan terbabit sepanjang laluan kawad maut, selain penduduk tempatan yang menderita dan terkorban.

Ramai terkorban

Kawad maut sepanjang 251 kilometer bermula dari tapak peringatan itu sehingga ke Ranau.

Berdasarka­n sejarah, susulan kejatuhan Singapura pada 1942 dan Sabah dijajah Jepun, hampir 2,500 tawanan perang warga Australia dan British diangkut menggunaka­n kapal ke Sandakan untuk membina landasan kapal terbang. Pengunjung

Pada Januari hingga Jun 1945, lebih 1,000 dipaksa melakukan kawad maut dan kebanyakan tawanan terkorban.

Seorang lagi pengunjung, Mirnawati Wili, 46, berkata selain penduduk berhampira­n yang datang ke taman itu untuk bersenam, ia menjadi antara destinasi pelancong di daerah ini.

Katanya, biarpun jumlah yang datang tidak ramai, hampir setiap hari ada pelancong, khususnya warga Australia datang ke situ untuk mengetahui cerita mengenai taman berkenaan.

“Barang tinggalan perang ini adalah bukti menunjukka­n kawasan ini bersejarah. Inisiatif perlu diambil memastikan tinggalan sejarah itu terus kekal dan tidak rosak dimamah usia,” katanya.

 ?? [ FOTO POLIANA RONNIE SIDOM / BH ] ?? Dandang bagi menjana kuasa elektrik untuk kem tawanan perang Sandakan dikhuatiri bertambah rosak jika terus terdedah kepada hujan dan panas.
[ FOTO POLIANA RONNIE SIDOM / BH ] Dandang bagi menjana kuasa elektrik untuk kem tawanan perang Sandakan dikhuatiri bertambah rosak jika terus terdedah kepada hujan dan panas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia