Berita Harian

Upacara mandi tolak bala amalan khurafat

-

Sandakan: Beratus-ratus orang mengadakan upacara mandi di Pantai Pasir Putih, di sini, pagi semalam, dipercayai amalan khurafat menolak bala.

Amalan yang menjadi kepercayaa­n sesetengah etnik itu mendapat perhatian pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sandakan yang menjalanka­n Ops Safar sejurus menerima maklumat.

Ketua Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Sandakan, Romzi Rahman, berkata operasi itu disertai sepasukan petugas JHEAINS bagi menangani kepercayaa­n sesetengah etnik di daerah ini kononnya menolak bala dengan mandi di laut.

“Seorang ‘imam’ akan memandikan mereka di laut kononnya untuk menolak bala. Berdasarka­n maklumat, mereka akan menjalanka­n upacara itu setiap Rabu sepanjang bulan Safar, (kalendar) Hijrah ini.

“Oleh itu, kami terpanggil dan menyantuni mereka terus dalam memberi kefahaman yang sebenar. Alhamdulil­lah, kami mengadakan ceramah terus di lokasi agar mereka dapat mendengar dan memahami,” katanya ketika ditemui NSTP di sini, semalam.

Terima penjelasan

Romzi berkata, aktiviti berkenaan bertentang­an dengan syariat Islam dan bersyukur kerana mereka yang terbabit dapat menerima penjelasan yang diberikan.

“Mereka turut bersurai dan pulang apabila kami meminta mereka tidak meneruskan upacara berkenaan, Alhamdulil­lah.

“Pihak kami akan meneruskan operasi ini pada setiap Rabu dan sekiranya masih ada individu menjalanka­n kegiatan itu, tindakan mengikut undangunda­ng syariah akan diambil,” katanya.

Romzi berkata, orang ramai yang tahu atau terlihat berkaitan upacara itu boleh memaklumka­n kepada JHEAINS supaya ia dapat segera ditangani.

“Kami juga ingin perbetulka­n (dakwaan) viral di Facebook kononnya aktiviti khurafat itu turut membabitka­n penggunaan ayam dan darah ayam. Ia tidaklah sampai ke tahap itu, hanya dimandikan sahaja dan viral itu tidak benar sama sekali.

“Selain itu, pihak kami ingin menafikan dakwaan yang viral kononnya kami tidak mengambil tindakan terhadap aktiviti berkenaan,” katanya.

 ?? [ FOTO HAZSYAH ABDUL RAHMAN / BH ] ?? Orang ramai mengadakan upacara mandi di Pantai Pasir Putih, Sandakan, dipercayai untuk menolak bala.
[ FOTO HAZSYAH ABDUL RAHMAN / BH ] Orang ramai mengadakan upacara mandi di Pantai Pasir Putih, Sandakan, dipercayai untuk menolak bala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia