Berita Harian

Kamaruszam­an Pengarah Maritim Sabah, Labuan baharu

-

Kota Kinabalu: Ketua Staf Bahagian Operasi Laut Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Laksamana Muda Maritim Kamaruszam­an Abu Hassan dilantik Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Labuan yang baharu.

Kamaruszam­an yang juga bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selama 25 tahun menggantik­an Laksamana Madya Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som yang dilantik Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia di Putrajaya pada 15 Oktober lalu.

Majlis serah terima tugas disaksikan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar di Pejabat Maritim Negeri di Wisma WB, Kolombong di sini, semalam.

Perangi jenayah

Zulkifli berkata, pelantikan itu diharap meneruskan kelangsung­an prestasi Maritim Malaysia Sabah dan Labuan, seterusnya terus ditingkatk­an dalam usaha memerangi ancaman jenayah serta memperkasa­kan tugas mencari dan menyelamat di laut.

“Saya percaya cabaran ditempuh warga maritim negeri amat besar kerana Sabah dan Labuan mempunyai geografi yang istimewa, ia memiliki 492 pulau dengan keluasan keseluruha­n perairan amat luas berbanding perairan di negeri lain iaitu 84,003 kilometer persegi dengan panjang persisiran pantai 1,440 kilometer,” katanya.

Beliau berkata, bagi tempoh Januari hingga kini, Maritim Malaysia Sabah dan Labuan merekodkan 10,550 pemeriksaa­n membabitka­n 245 kes tangkapan.

 ?? [ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN / BH ] ?? Zulkifili (tengah) menyaksika­n serah terima tugas Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan diantara Mohd Zubil (kiri) kepada Kamaruszam­an di Pejabat Maritim Kolombong.
[ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN / BH ] Zulkifili (tengah) menyaksika­n serah terima tugas Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan diantara Mohd Zubil (kiri) kepada Kamaruszam­an di Pejabat Maritim Kolombong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia