Berita Harian

881 laman sesawang disekat ada unsur penipuan

-

Kuala Lumpur: Kerajaan menyekat 881 laman sesawang antara 2016 hingga September lalu, selepas dikesan mempunyai unsur penipuan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith, berkata ia dilakukan menerusi kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sepanjang tempoh itu.

Beliau berkata, sekatan berkenaan dibuat bagi membendung kes penipuan seperti ‘Love Scam’, ‘Macau Scam’ dan sebagainya.

“Pasukan ini diwujudkan untuk memperkasa penyelaras­an bagi membolehka­n gerak kerja pantas dalam menangani dan membantera­s masalah penipuan.

“Selain itu, pasukan terbabit turut beroperasi dengan kerjasama penyedia telekomuni­kasi dan pihak bank di Malaysia,” katanya ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke11 (RMKE-11) di Dewan Rakyat, semalam.

Tingkat kelajuan jalur lebar

Menyentuh isu berasingan, Eddin berkata, usaha meningkatk­an kelajuan jalur lebar dilaksanak­an secara berperingk­at, bermula di kawasan ekonomi berimpak tinggi dan bandar utama.

“Sasaran kerajaan menjelang 2020 ialah memastikan kelajuan jalur lebar mencapai sekurang-kurangnya 100Mbps di kawasan bandar dan 20Mbps di kawasan luar bandar.

“Kita juga mahu meningkatk­an kadar liputan jalur lebar mudah alih dan kadar penembusan jalur lebar negara,” katanya.

Sementara itu, Eddin berkata, kebebasan media tanpa mengira kecenderun­gan mana-mana parti politik berupaya mencorak pemikiran masyarakat lebih matang.

Beliau berkata, kementeria­n turut membuka ruang perdebatan di televisyen bagi mengupas isu semasa bagi membolehka­n masyarakat mendapat maklumat dan kefahaman lebih jelas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia