Berita Harian

UMUM DANA PULUHAN JUTA, SEKOLAH DI SARAWAK TETAP DAIF

Jumlah pusat pendidikan dalam kategori kritikal masih kekal sama

- Oleh Goh Pei Pei

Usaha membaik pulih dan menaik taraf sekolah usang di Sarawak seperti dijanjikan Kerajaan Pusat di bawah kepemimpin­an Barisan Nasional (BN) sebelum ini, tidak menampakka­n hasil walaupun sejumlah besar dana diperuntuk­kan bagi tujuan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Chong Chieng Jen, berkata dalam tempoh kurang tiga tahun sejak 2016, anggaran kos projek bagi menaik taraf sekolah usang di negeri ini meningkat daripada RM2 juta kepada RM48.2 juta.

415 sekolah kategori kritikal

Bagaimanap­un, beliau mendedahka­n jumlah 1,020 sekolah usang dengan 415 daripadany­a dalam kategori kritikal masih kekal sama hingga kini, walaupun peruntukan dana disediakan sangat besar.

“Semua mahu pendidikan terbaik untuk anak, termasuk mempunyai persekitar­an pembelajar­an holistik dan bangunan sekolah dilengkapi pelbagai kemudahan.

“Tetapi, projek sekolah ini tidak boleh dijadikan sebagai ‘mesin ATM’ untuk kroni anda (kerajaan negeri),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n Belanjawan Sarawak 2019 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, semalam.

Chieng Jen yang juga Pengerusi DAP Sarawak dan Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, pada Januari 2016, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumka­n peruntukan RM2 juta untuk menaik taraf dan membina semula sebuah sekolah usang di Sarawak menggunaka­n Sistem Binaan Berindustr­i (IBS).

Sebulan kemudian, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi negeri, Datuk Seri Michael Manyin, berkata terdapat 1,020 sekolah usang dengan 415 dalam keadaan kritikal dan memerlukan RM4 bilion untuk membaiki serta membina semula 415 sekolah kritikal, dengan purata anggaran kos RM10 juta setiap sekolah.

Najib kemudian mengumumka­n RM1 bilion untuk projek sekolah di Sarawak, sebelum Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak, Dr Annuar Rapaee menyatakan peruntukan itu hanya mencukupi untuk 50 sekolah.

Pada Julai lalu pula, kerajaan negeri mengumumka­n RM40.1 juta untuk Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Segan, Bintulu dan RM48.2 juta untuk SK Maludam di Betong.

Anggaran kos baiki sekolah meningkat

“Tiga tahun lalu, anggaran kos membaiki atau membina semula sekolah adalah kira-kira RM2 juta dan meningkat kepada RM48.2 juta.

“Selepas begitu banyak peruntukan diumumkan, jumlah sekolah usang kekal sama (1,020 usang dengan 415 kritikal) sejak 2016, mengapa ini berlaku,” katanya.

Justeru, Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Stampin menggesa kerajaan negeri menegakkan akauntabil­iti, kredibilit­i dan integriti mereka, ketika melaksanak­an projek awam yang memiliki kepentinga­n rakyat.

 ??  ??
 ??  ?? Chong Chieng Jen
Chong Chieng Jen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia