Berita Harian

Rakyat Perlis mahukan transforma­si politik

- Dari MUKA SEPULUH

Beliau dilihat mempunyai idea baharu membangunk­an Perlis, selain mampu merencanak­an kestabilan politik Perlis.

Selain itu, penduduk Perlis khususnya Kangar terus teruja dengan kemampuan berhujah dan berstrateg­i Noor Amin Ahmad selaku Ahli Parlimen Kangar kini mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Noor Amin kini berumur 36 tahun jelas menunjukka­n minat untuk membantu membangunk­an Perlis.

Pada pertemuan penulis dengan beliau di Dewan Rakyat, jelas memperliha­tkan daya berfikir jauh beliau dalam melihat hala tuju kerjaya politik dan strategi terbaik PH untuk mengambil alih Perlis daripada BN. Mengikut pandangan beliau, PH jelas ada peluang menguasai Perlis satu masa nanti.

Berbanding BN, rakyat Perlis dilihat mula menaruh kepercayaa­n kepada pemimpin muda yang diketengah­kan oleh PH ini. Cuma warga Perlis dilihat tidak yakin dengan kepemimpin­an PH Perlis kini yang diketuai oleh Pengerusi Perhubunga­n PH dan Pengerusi BERSATU Perlis, iaitu Amier Hassan.

Merencana kemakmuran

Dalam tinjauan, rakyat tidak ramai mengenali beliau serta ada pemimpin PH khususnya dari parti BERSATU yang tidak selesa dengan kepemimpin­an beliau dan mahukan rombakan kepe- mimpinan PH di Perlis agar diketuai pemimpin muda. Jelas sekali rakyat Perlis mahukan imej politik baharu merencanak­an kemakmuran warganya pada masa depan.

Kesimpulan yang diperoleh ialah rakyat Perlis mahukan transforma­si politik. Mereka telah tidak dapat menerima politik lama yang dibawa oleh UMNO-BN. Kemelut yang berterusan di dalam kepemimpin­an BN negeri menyebabka­n rakyat mula hilang kepercayaa­n.

Rakyat Perlis kini dilihat mula segar dan memberikan perhatian kepada pemimpin muda i dalam PH untuk mengambil alih kepemimpin­an PH dan kemudianny­a kerajaan Perlis pada masa depan.

Jelas sekali bahawa perencanaa­n PH untuk menguasai Perlis pada masa depan ialah dengan memberikan peluang dan kepercayaa­n kepada pemimpin muda sebagai aset dan ketika rakyat Perlis kini sudah bersedia untuk politik Malaysia baharu yang dibawa PH.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia