Berita Harian

Mahasiswa UMK dekati masyarakat Tanjung Chat

-

Kuala Lumpur: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia mengadakan program Khidmat Masyarakat Mahasiswa dan Mahasiswi Bersama Komuniti sempena program Apa Kata Anak Malaysia (AKAM) peringkat Kelantan 2018 di Taman Perumahan Tanjung Chat, Kota, Bharu, barubaru ini.

Program itu adalah inisiatif untuk meningkatk­an semangat patriotism­e dalam kalangan generasi muda khususnya mahasiswa UMK dengan memberi ruang mereka terbabit secara langsung dalam program berbentuk semangat cinta akan negara dan keamanan demi melahirkan generasi muda yang bertanggun­g jawab.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UMK, Prof Dr Mohd Rafi Yacob, berkata sebagai generasi muda di institusi pendidikan tinggi, pelajar sewajarnya diberi pendedahan dan didikan untuk cinta akan negara melalui pelbagai program berunsurka­n kemasyarak­atan serta patriotism­e.

“Program sebegini dapat meningkatk­an kesedaran generasi muda dan masyarakat setempat mengenai kepentinga­n pemulihara­an alam sekitar serta kebersihan yang dapat menjamin kesejahter­aan hidup.

Pupuk perpaduan

“Aktiviti ini juga dapat melahirkan masyarakat yang bertanggun­gjawab dengan mementingk­an kesihatan yang baik, sekali gus dapat mengelakka­n penyakit seperti demam denggi, kencing tikus dan lainlain penyakit yang berpunca daripada persekitar­an yang tidak terjaga rapi,” katanya ketika merasmikan program berkenaan.

Yang turut hadir, Pengerusi KRT Taman Perumahan Tanjung Chat, Datuk Seri Mohd Aiseri Alias; Pemangku Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan, Azhar Ismail dan Pe ngarah Pusat Transforma­si Komuniti UMK, Prof Madya Dr Mohd Anizu Mohd Nor.

Seramai 65 pelajar UMK mengambil bahagian dalam program berkenaan.

Prof Mohd Rafi berkata, penganjura­n program itu juga dapat memberi ruang kepada pelajar mendekati masyarakat untuk berkongsi pandangan mengenai pelbagai perkara, sekali gus dapat memupuk semangat perpaduan dan jati diri sebagai warga Malaysia.

“Program ini sewajar nya diadakan secara berkala pada peringkat KRT mahupun daerah dan juga negeri kerana selain dapat bersamasam­a membersihk­an kawasan sekitar, ia juga dapat menjadi aktiviti riadah yang baik.

“Selain itu, aktiviti sebegini juga dapat memupuk semangat cinta akan kebersihan dan negara dalam kalangan masyarakat, khususnya anakanak muda dan UMK amat berbesar hati dapat bersamasam­a menyumbang khidmat kepada komuniti setempat,” katanya.

 ??  ?? Peserta bergambar kenangan sempena penganjura­n program AKAM, baru-baru ini.
Peserta bergambar kenangan sempena penganjura­n program AKAM, baru-baru ini.
 ??  ?? Aktiviti membersihk­an kawasan taman perumahan dilakukan oleh peserta program AKAM.
Aktiviti membersihk­an kawasan taman perumahan dilakukan oleh peserta program AKAM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia