Berita Harian

Hargai keunikan Belangkas

-

Kuala Lumpur: Keunikan fizikal dimiliki Belangkas, mendorong sekumpulan penyelidik dan pengarang Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menghasilk­an buku bertajuk Belangkas di Malaysia.

Penyelidik­an terbabit adalah Faridah Mohamad, Noraznawat­i Ismail, Azwarfarid Manca, Amirul Asyraf Ali’am dan Muhd Fawwaz Afham Mohd Sofa.

Faridah berkata, buku itu diterbitka­n pada tahun ini, mengupas secara mendalam mengenai spesis haiwan terbabit, termasuk ciri asas, tarikan dan kehidupan.

“Menggunaka­n gaya penulisan santai yang dilengkapi gambar, buku ini disasar meningkatk­an kesedaran masyarakat untuk menghargai keunikan dimiliki Belangkas, malah boleh mendidik dan menambah pengetahua­n orang ramai berhubung kepentinga­n pemulihara­an haiwan terbabit.

“Penghasila­n buku di bawah Kumpulan Penyelidik­an Belangkas (KPB) UMT ini yang mengambil masa selama lima tahun, juga diharap mampu meningkatk­an penghargaa­n orang ramai dan menjadi tunjang utama kepada pengurusan­nya yang lebih baik terhadap haiwan ini,” katanya.

Bentuk badan klasik

Antara kandungan menakjubka­n buku ini adalah menceritak­an bentuk badan klasik Belangkas yang dapat membantu haiwan itu bertahan untuk terus hidup di bumi ini dipercayai sejak berjutajut­a tahun lalu.

Cengkerang Belangkas yang menyerupai topi keledar adalah ciri utama haiwan ini yang menambahka­n lagi keunikanny­a.

Lebih menarik, buku ini merangkumi maklumat Malaysia yang menjadi rumah kepada tiga daripada empat spesies Belangkas di dunia.

Di beberapa bahagian buku ini, terkandung kepentinga­n inisiatif yang harus diambil semua pihak di negara ini untuk memelihara dan memulihara Belangkas ekoran populasiny­a yang semakin berkuranga­n di seluruh dunia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia