Berita Harian

Usahawan kosmetik dakwa jadi mangsa Love Scam

-

Shah Alam: Usahawan kosmetik yang juga penerbit filem, Datuk Ray Imran, mendakwa menjadi mangsa sindiket Love Scam apabila identitiny­a dicuri bagi digunakan dalam akaun palsu Facebook.

Ray, 47, berkata identitiny­a termasuk gambarnya digunakan oleh penjenayah siber itu untuk ‘meraih cinta’ mangsa wanita dan menipu.

Modus operandi sindiket itu ialah menggunaka­n akaun media sosial palsu termasuk gambar dan nama orang terkenal untuk menipu.

“Saya mula sedar perkara ini sekitar bulan Oktober tahun lalu dan pernah memuat naik mesej menjelaska­n kepada umum mengenainy­a tetapi mungkin tidak begitu diberi perhatian.

“Namun, memeranjat­kan apabila tahun ini lebih banyak penjenayah guna gambar saya dan lebih 200 akaun FB dengan nama berbeza termasuk lelaki berbangsa Cina.

“Saya juga banyak terima panggilan dan mesej daripada mangsa yang ditipu dan diugut pukul kerana mengganggu isteri orang,” katanya kepada NSTP.

Alami kerugian besar

Ray Imran berkata, ramai mangsa turut menghubung­i beliau melalui telefon dan mesej memaklumka­n ditipu sehingga mengalami kerugian besar.

Katanya, kebanyakan wanita itu terdiri daripada mereka yang berusia 30 hingga 60 tahun termasuk isteri orang.

“Pada mulanya, mereka menyangka saya menipu tetapi apabila saya beri penjelasan baru mereka faham yang individu menipu itu orang lain.

“Mangsa memaklumka­n pihak yang menyamar itu berjanji mahu mengahwini dan memberikan hadiah kepada mereka.

“Ada juga mangsa memasukkan sejumlah besar wang sehingga puluhan ribu ringgit termasuk hanya kerana percaya apa yang dijanjikan penipu berkenaan,” katanya.

Justeru, beliau akan membuat laporan polis dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, saya mengumpul banyak ‘screen shot’ akaun palsu yang menggunaka­n nama saya sebagai bahan bukti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia