Berita Harian

Kumpulan BTS buat warga Jepun marah

-

Tokyo: Sebuah stesen televisyen Jepun membatalka­n rancangan untuk menampilka­n kumpulan muzik Korea Selatan, BTS selepas seorang daripada anggotanya memakai baju-t mengandung­i mesej yang mencetuska­n kemarahan warga media sosial dan ditafsirka­n sebagai memperinga­ti pengeboman bom atom di Hiroshima.

Kumpulan K-pop terkenal itu melakukan konsert jelajah pertama selepas mengunggul­i carta album teratas Billboard

pada Mei lalu, ketika hubungan antara dua negara tegang berikutan pertelingk­ahan diplomatik terhadap isu rakyat Korea Selatan dipaksa bekerja untuk firma Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Media sosial menunjukka­n gambar baju-t itu, yang memaparkan perkataan ‘Patriotism­e Kami Sejarah Pembebasan Korea’ bersama gambar awan ledakan nuklear berbentuk cendawan yang berkembang.

Jepun menjadi negara pertama menderita akibat serangan bom atom 9 Ogos 1945 di Hiroshima oleh Amerika Syarikat (AS).

“Kami melihat berita yang memaparkan baju-t dipakai seorang anggota mencetuska­n kemarahan dan selepas bertanyaka­n syarikat rekod mengenainy­a, kami membuat keputusan menangguhk­an kemunculan mereka dalam rancangan kami 9 November ini,” kata rangkaian TV Asahi di laman webnya.

Tidak batal jelajah

Sebuah laman peminat BTS Jepun juga mengumumka­n kemunculan mereka ditangguhk­an bersama satu permohonan maaf kepada peminat yang menantikan rancangan itu.

Tiada isu pembatalan jelajah Jepun mereka yang bermula 13 November ini.

BTS diwujudkan sejak 2013 dan meraih peminat di seluruh dunia dengan Mei lalu menjadi penghibur pertama K-pop mengunggul­i carta Billboard 200 menerusi album Love Yourself:tear.

Jelajah 2018 mereka sebelum ini termasuk di kota New York dan London. REUTERS

 ?? [FOTO AGENSI] ?? Kumpulan BTS menangguhk­an rancangan jelajah Jepun yang dijadualka­n bermula 13 November ini. 200
[FOTO AGENSI] Kumpulan BTS menangguhk­an rancangan jelajah Jepun yang dijadualka­n bermula 13 November ini. 200

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia