Berita Harian

Suspek dedah mandikan, tukar pakaian mangsa hari kejadian

-

Kajang: Suspek yang disyaki mendera bayi berusia 11 bulan, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal atau Zara, sehingga maut, Jumaat lalu, mendedahka­n dia menguruska­n mangsa pada pagi hari kejadian.

Bagaimanap­un, lelaki yang juga suami kepada pengasuh Zara sehingga kini enggan membuat pengakuan berhubung kejadian yang menyebabka­n tempurung kepala mangsa pecah dan kemaluan serta dubur mangsa koyak.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, beberapa individu sudah dipanggil untuk mengambil keterangan, termasuk ahli keluarga, majikan suspek dan semua individu yang mempunyai akses ke rumah pengasuh berkenaan.

“Hari ini (semalam) lelaki itu mendedahka­n dia memandikan dan menukar pakaian mangsa pada hari kejadian.

“Namun, dia masih tidak membuat pengakuan bertanggun­gjawab atas punca kematian bayi berkenaan,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang, di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan dari semua sudut dengan mengambil keterangan daripada semua pihak seperti ahli keluarga, majikan suspek dan individu yang mempunyai peluang mendekati bayi itu.

Reman tamat hari ini

Ahmad Dzaffir berkata, reman terhadap lelaki itu tamat hari ini dan bakal disambung selain kes ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan berbanding sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2002.

“Tempoh reman isterinya yang juga pengasuh mangsa tamat hari ini (semalam) dan kita memohon melanjutka­n tempoh reman selain turut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Akhbar NSTP 12 November lalu melaporkan seorang bayi perempuan berusia 11 bulan meninggal dunia selepas dua hari dilaporkan tenat dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh.

Ahmad Dzaffir dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan di Hospital Serdang, yang menerima bayi berkenaan dalam keadaan tenat untuk rawatan pada Rabu, jam 3.05 petang.

Sementara itu BERNAMA melaporkan ibu Zara, Noraihan Ab Aziz, 22 mendakwa pengasuh kepada anaknya itu memberi alasan tidak tahu apa yang berlaku apabila disoal mengenai kecederaan dialami anaknya itu.

“Kalau abe (suami) akak salah, akak terima je (sahaja), sbb (sebab) aku btl2 (betul-betul) xth (tak tahu)..skrg (sekarang) ni abe (abang) kat balai polis… kalau ye (betul) salah, akak terima,” itu respons balas pengasuh berkenaan melalui aplikasi Whatsapp.

Jawapan itu diberi selepas Noraihan menyoal wanita itu mengenai kesan koyakan di kemaluan anaknya selain mendesak pengasuh itu berterus terang sama ada suaminya melakukan perkara terkutuk. .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia