Berita Harian

PKS manfaat inisiatif Belanjawan 2019

Sistem kredit, penguranga­n cukai korporat strategi kurangkan beban perniagaan

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah ‘pemenang’ pada Belanjawan 2019 yang dibentangk­an 2 November lalu apabila menerima banyak inisiatif bagi meringanka­n beban perniagaan mereka.

Pengarah Cukai YYC Tax Consultans Sdn Bhd, Elaine Wong, berkata antara inisiatif itu ialah pengenalan sistem kredit untuk potongan cukai jualan bagi pengilang kecil berdaftar.

Sistem ini katanya, membantu mengatasi masalah dihadapi pengilang kecil berdaftar yang tidak menikmati pengecuali­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) kerana tidak membeli barangan daripada pengilang berdaftar sama.

Tiada modal besar

Beliau berkata, pengilang kecil berdaftar lazimnya membeli barang daripada pedagang kerana mereka tidak mempunyai modal besar membeli dalam jumlah yang banyak daripada pengilang besar berdaftar.

“Akibatnya, pengilang kecil berdaftar terpaksa membeli pada harga lebih tinggi kerana pedagang sudah menyerap sekali cukai yang dikenakan ke dalam barangan yang dijual.

“Bukan itu sahaja, peniaga kecil berdaftar juga tidak boleh menuntut semula cukai itu kerana pengecuali­an cukai hanya diberikan jika membeli barangan pada perniagaan berdaftar.

“Namun, dengan pengenalan sistem kredit untuk potongan cukai jualan bermula awal tahun depan, pengilang kecil berdaftar tidak perlu bimbang dengan percukaian berganda apabila sudah boleh menuntut kembali bayaran dibeli daripada pedagang.

“Saya menjangkak­an, kadar pulangan semula yang akan diberikan ialah di antara lima hingga lapan peratus daripada 10 peratus kadar SST yang dikenakan kepada mereka,” katanya kepada Bisnes NSTP ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Elak cukai berganda

Pada pembentang­an Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumka­n akan memperkena­lkan sistem kredit untuk potongan cukai jualan mulai 1 Januari 2019 kepada peniaga kecil berdaftar.

Sistem kredit ini akan mengelak percukaian berganda dan menurunkan kos perniagaan.

Langkah itu katanya, untuk mengurangk­an beban pengilang kecil berdaftar yang membeli input pembuatan daripada pengimport dan bukannya daripada pengilang berdaftar.

Selain itu, Guan Eng berkata, bagi menambah baik kecekapan dan keberkesan­an SST, mulai 1 Januari 2019, kerajaan akan memberi pengecuali­an ke atas penyediaan perkhidmat­an tertentu yang disediakan oleh perniagaan berdaftar bagi perkhidmat­an sama.

Kaedah ini katanya, akan mengelak peningkata­n kos akibat percukaian berganda dan mengekalka­n daya saing industri perkhidmat­an tempatan.

Mengulas mengenai inisiatif itu, wong berkata, ia adalah antara kebimbanga­n utama peniaga di Malaysia kerana jika kerajaan tidak mengemukak­an penyelesai­an, ia boleh menyebabka­n kesan penggandaa­n cukai.

Mengenai penguranga­n cukai korporat kepada PKS daripada 18 peratus kepada 17 peratus bermula tahun depan, Wong berkata, beliau menganggar­kan penjimatan kepada peniaga sehingga RM5,000 setahun.

“Nilai ini walaupun kelihatan kecil, tetapi amat besar maknanya kepada PKS,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia