Berita Harian

Bursa cecah paras terendah harian

Jualan besar-besaran di Wall Street, data China jejas pasaran

-

rong mereka keluar daripada pasaran pesat membangun, termasuk bursa tempatan.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 11.95 mata, atau 0.7 peratus kepada 1,696.14 daripada 1,708.09 semasa ditutup pada Jumaat lalu.

Indeks dibuka rendah 4.01 mata kepada 1,704.08 dan bergerak antara 1,696.14 dan 1,706.34 sepanjang hari.

Suasana pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 452 berbanding 294, manakala 360 kaunter tidak berubah, 745 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkuranga­n kepada 1.63 bilion unit bernilai RM1.32 bilion daripada 1.65 bilion unit bernilai RM1.80 bilion pada Jumaat lalu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, IHH Healthcare mencatatka­n penurunan terbesar, merosot 18 sen kepada RM4.67, manakala Hong Leong Financial susut 48 sen kepada RM18.32, Sime Darby berkuranga­n lima sen kepada RM2.40 dan Press Metal dan Sime Darby Plantation, masing-masing turun sembilan sen kepada RM4.77 dan RM5.16.

Sapura Energy kekal sebagai kaunter paling aktif diniagakan, naik setengah sen kepada 38 sen, diikuti MRCB, meningkat satu sen kepada 77.5 sen, manakala Seacera dan Panpages, masing-masing menambah setengah sen kepada 26.5 sen dan 26 sen dan PUC menokok 1.5 sen kepada 16 sen.

Indeks emas susut

Daripada kaunter rugi, BAT merosot RM1.48 kepada RM36.42, Petronas Dagangan berkuranga­n 30 sen kepada RM26.70, Amway jatuh 29 sen kepada RM6.71, LPI turun 28 sen kepada RM16.32 dan UMW susut 23 sen kepada RM4.42.

Indeks FBM Emas susut 87.22 mata kepada 11,759.03, Indeks FBMT 100 berkuranga­n 90.38 mata kepada 11,597.75 dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 90.90 mata kepada 11,920.79.

FBM 70 merosot 140.26 mata kepada 13,705.73 manakala Indeks FBM Ace naik 26.33 mata kepada 4,958.93.

Mengikut sektor, Indeks Kewa

merosot 128.14 mata kepada 17,070.96, Indeks Perladanga­n susut 44.49 mata kepada 7,318.24 dan Indeks Produk Perindustr­ian dan Perkhidmat­an berkuranga­n 0.32 mata kepada 172.98.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 1.08 bilion saham bernilai RM1.20 bilion daripada 1.1 bilion saham bernilai RM1.66 bilion pada Jumaat lalu.

Jumlah dagangan waran berkuranga­n kepada 282.53 juta unit bernilai RM65.22 juta berbanding 316.76 juta unit bernilai RM81.94 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE, bagaimanap­un, naik kepada 261.24 juta saham bernilai RM51.75 juta, berbanding 236.51 juta saham bernilai RM62.22 juta sebelum ini.

Barangan pengguna dan perkhidmat­an menyumbang 112.41 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustr­ian dan perkhidmat­an (270.23 juta), pembinaan (45.40 juta), teknologi (130.54 juta), SPAC (1.74 juta), perkhidmat­an kewangan (22.21 juta), hartanah (137.44 juta), perladanga­n (11.21 juta), REIT (4.42 juta), dana tertutup (11,600), tenaga (256.04 juta), penjagaan kesihatan (33.70 juta), telekomuni­kasi dan media (31.15 juta), pengangkut­an dan logistik (13.68 juta), dan utiliti (18.52 juta). BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia