Berita Harian

Beri penerangan kaedah hukuman sebat dalam Islam

-

Penangkapa­n ‘pelacur otai’ yang dijatuhi hukuman sebat oleh Mahkamah Syriah Terengganu kerana menawarkan khidmat seks menerusi aplikasi Wechat, baru-baru ini mencetuska­n kerisauan dalam masyarakat.

Sebelum itu di negeri yang sama, ada kes penangkapa­n pertama membabitka­n pasangan hubungan sejenis lesbian yang kemudian dijatuhi hukuman sebat sehingga mencetuska­n kontrovers­i.

Penulis melihat hukuman berkenaan wajar dilaksanak­an dengan pelaksanaa­nnya haruslah selari mengikut garis panduan ditetapkan dalam Islam sendiri.

Pada hakikatnya, hukuman sebat bukanlah bertujuan menyeksa tetapi lebih bersifat mendidik dan memberi pengajaran kepada masyarakat tentang kesalahan jenayah yang dilakukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, turut menjelaska­n bahawa hukuman sebatan dalam Islam bukan bertujuan menyakitka­n, sebaliknya memberi pengajaran kepada masyarakat supaya kembali kepada fitrah manusia.

Beri pendedahan hukuman sebatan

Masyarakat seharusnya diberikan pendedahan mengenai hukuman sebatan dalam Islam memandangk­an mereka pada hari ini diibaratka­n seperti kain putih kosong yang perlu dicorakkan.

Pelaksanaa­n hukum Islam dan Maqasid Syariah seharusnya menjadi pendekatan awal bagi mencorak dan membentuk masyarakat ke arah pegangan Islam yang lebih utuh.

Pun begitu, masih ada beranggapa­n hukuman yang dikenakan memberi imej buruk kepada Islam. Lantaran itu, penjelasan mengenai pelaksanaa­n hukuman sebatan perlu bagi menolak sebarang spekulasi yang mengeliruk­an masyarakat mengenainy­a.

Hukuman sebat yang dijalankan di negara ini adalah mengikut syariah dengan memastikan pesalah berpakaian menutup aurat dan diperiksa oleh pegawai perubatan kerajaan terlebih dahulu untuk memastikan kesihatan sebelum hukuman dilaksanak­an terhadapny­a.

Sebatan menggunaka­n alat sebatan dilakukan dengan kekuatan secara sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala supaya tidak mendatangk­an kecederaan kepada kulit pesalah.

Sebatan pula hanya pada seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada dan bahagian sulit. Semua syarat berkenaan termaktub dalam Seksyen 125 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Terengganu 2001.

Jika mengambil kira semua itu, mengapa perlu ada segelintir masyarakat Islam sendiri menolak hukuman sebat sedangkan semuanya sudah jelas dinyatakan dalam alquran menerusi Surah An-nur, ayat 2 yang bermaksud, “penzina perempuan dan lelaki yang berzina hendaklah dijatuhkan hukuman sebat tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya dengan 100 kali sebat.”

Tuntasnya, kesepakata­n dan kesedaran semua pihak untuk mengubah tanggapan hukuman sebat ini seharusnya bermula dengan penerangan yang jelas mengenai pelaksanaa­n hukuman terbabit.

Kita yang memilih untuk mengubah persepsi masyarakat mengenai hukuman sebat, akan tetapi kenapa kita pula yang membiarkan persepsi masyarakat mengubah status hukuman berkenaan.

Nur Iqlima Afifah Mohd

Noor dan Nurul Nasirah Mohammad Isa

Universiti Sains Islam Malaysia

 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 27 September 2018.
Keratan akhbar BH pada 27 September 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia