Berita Harian

Tengku Amirul tetap teruja gegar Jempol

-

Kuala Lumpur: Biarpun sudah berstatus juara keseluruha­n kelas CP115, Tengku Amirul Haffirudin tetap mahu memberi cabaran pada Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan pada 17 dan 18 November ini.

Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu sebaliknya terus dahagakan kemenangan sekalipun bergelar juara lebih awal selepas mendahului carta dengan 188 mata bagi mengatasi rakan sepasukan, Md Fareez Afeez di kedudukan kedua, 116 mata.

Selain gelaran keseluruha­n individu, pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang turut mengesahka­n status selaku juara keseluruha­n berpasukan dengan mengumpul 304 mata.

Misi raih kemenangan

“Misi saya adalah untuk terus meraih kemenangan pada baki dua perlumbaan terakhir musim ini dan pada masa sama merancang strategi untuk membantu Fareez kekal di tangga kedua keseluruha­n ketika ini.

“Walaupun sudah bergelar juara keseluruha­n, ini tidak bermakna saya memandang mudah saingan minggu ini, sebaliknya saya mempunyai misi untuk menamatkan musim ini dengan sembilan kemenangan,” kata Tengku Amirul.

Menurut pemilik pasukan, Pang Yoke You (YY Pang), Tengku Amirul akan kekal beraksi dalam saingan CP115, meskipun status juara membolehka­n dirinya untuk mencuba kelas perdana CP150 pada baki dua perlumbaan terakhir musim ini.

“Kami mahu dia terus bersaing merebut kemenangan. Tentang saingan kelas CP150, semuanya akan diputuskan kemudian, bukannya ketika ini,” kata Yoke You.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia