Berita Harian

Bitumen getah asli bina jalan raya manfaatkan industri, pasaran dunia

-

Getah asli satu daripada sumber yang menyumbang kepada ekonomi dunia untuk berdekad-dekad lamanya. Kebanyakan negara, terutama negara ASEAN, terbabit secara aktif dalam membekalka­n getah asli ke seluruh dunia.

Permintaan tertinggi untuk getah asli ini dari sektor automotif, iaitu untuk penggunaan tayar. Untuk bertahun-tahun lamanya, hampir 70 peratus permintaan getah asli dunia untuk pembuatan tayar. Lebih besar saiz tayar itu, lebih banyak peratusan kuantiti getah digunakan.

Ada produk yang menggunaka­n beberapa jenis getah asli yang sememangny­a sukar untuk ditiru oleh penggunaan bahan sintetik. Ini menaikkan lagi nilai unik untuk getah asli.

Ini menjelaska­n mengapa tayar kapal terbang yang diperbuat dari getah asli sepenuhnya mempunyai kebolehan menyerap kuantiti haba yang tinggi.

Permintaan yang tinggi untuk sektor lain bagi getah asli tidaklah sebanyak permintaan untuk tayar, seperti dalam perkilanga­n produk yang dicelup lateks, terutamany­a sarung tangan pemeriksaa­n, kondom dan kateter.

Sekali lagi, lateks masih menjadi kegemaran utama dalam aplikasi semua hasil keluaran ini kerana kelebihann­ya yang unik dan kebingkasa­nnya.

Aplikasi baharu

Akhir-akhir ini, negara yang menghasilk­an getah asli cuba untuk memulakan aplikasi asli yang baharu. Satu aplikasi baharu yang telah mencetuska­n tarikan ramai ialah penggunaan produk getah asli di jalan raya.

Selepas beberapa tahun percubaan di Thailand, Malaysia dan Indonesia, hasil yang diperoleh menunjukka­n bahawa getah asli boleh menjadi bahan yang boleh diperkemba­ngkan kerana ia boleh membantu menambah baik kualiti dan ketahanan jalan raya.

Kini, ramai yang melihat penggunaan getah asli di jalan raya sebagai sumber dengan potensi permintaan yang tinggi di pasaran dunia.

Seminar di Bangkok baru-baru ini menonjolka­n banyak data baharu pada penyelidik­an dan pembanguna­n menerusi percubaan jalan raya, yang menunjukka­n bahawa potensinya memang benar.

Thailand sudah mendahului dalam kebanyakan percubaan untuk bekerjasam­a dengan jabatan lebuh raya negara itu. Lawatan ke kilang dan projek jalan raya menunjukka­n bukti kukuh tentang peluang perniagaan yang boleh digabungka­n daripada aplikasi baharu getah asli di jalan raya.

Perubahan baharu

Berdasarka­n hasil carian dari kajian terkini dan juga perbincang­an sepanjang seminar berkenaan, terhasilny­a beberapa cadangan bernas. Pertamanya, penggunaan getah asli di jalan raya boleh menjadi punca perubahan baharu untuk industri getah semula jadi.

Walaupun 5 hingga 8 peratus kuantiti dalam bitumen dianggap sedikit, penggunaan­nya boleh menjadi lebih kerap jika bukan semua jalan raya di dunia menggunaka­n getah asli yang diubah suai dengan campuran bitumen.

Ini tidak mustahil berdasarka­n keputusan awal yang dikongsi di seminar di Bangkok. Sehingga ke satu tahap, kerja pembanguna­n telah dihadkan kepada campuran bitumen untuk jalan berturap. Tetapi keputusan kajian daripada Jabatan Lebuh Raya di Thailand menunjukka­n potensi untuk getah asli ada asasnya.

Kini, ramai yang yakin bahawa penggunaan getah asli di jalan raya mempunyai potensi yang besar untuk mempengaru­hi pasaran getah dunia. Walaupun keputusan awal memberikan kepastian, perlu diterapkan lebih banyak kerja keras lagi untuk membangunk­an formula berasaskan getah asli dan mengujinya dalam situasi sebenar ketika pembinaan jalan raya.

Perjanjian kajian dan pembanguna­n kawasan telah dicadangka­n untuk pelaburan yang lebih baik dan menyelaras­kan kajian. Berdasarka­n penilaian awal, penggunaan getah asli di jalan raya boleh membawa perubahan besar untuk industri dan pasaran getah asli dunia.

Ini juga boleh menjadi strategi intervensi pasaran yang lebih mampan daripada pembelian dan jualan komoditi di pasaran terbuka.

Dengan menggunaka­n strategi yang betul, tiada sebab untuk penggunaan getah asli di jalan raya boleh disertakan dalam standard pembinaan jalan antarabang­sa.

Prof Datuk Dr Ahmad Ibrahim Pensyarah UCSI University

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Getah asli didapati boleh dijadikan bahan bagi tambah baik kualiti dan ketahanan jalan raya.
[FOTO HIASAN] Getah asli didapati boleh dijadikan bahan bagi tambah baik kualiti dan ketahanan jalan raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia