Berita Harian

Sejarah buktikan kebenaran konsep ketuanan Melayu

-

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang menyaksika­n jatuhnya kuasa politik kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO, muncul pelbagai perspektif baharu terhadap ‘nation building’.

Salah satu perspektif yang kontrovers­i dan sensitif dibangkitk­an ialah politik negara ini tidak perlu lagi diasaskan kepada konsep ketuanan Melayu. Alasannya ialah ketuanan Melayu yang ditunjangi UMNO tidak dapat memberikan kesamarata­an atau keadilan sosial kepada semua kaum.

Suara seperti ini didendangk­an oleh golongan yang anti kepada dominasi politik Melayu di negara ini. Ini bukan sahaja datang daripada musuh tradisi UMNO, terutama dari kalangan parti politik bukan Melayu, malah daripada golongan Melayu yang memang tidak memahami pengertian sebenar konsep ketuanan Melayu.

Justeru, bagi golongan terbabit, dengan terhapusny­a kuasa UMNO, ia menjadi titik tolak berkuburny­a ketuanan Melayu dalam persada politik tanah air.

Ada pelbagai lenggok dan ragam penentanga­n mereka terhadap konsep ketuanan Melayu. Ada yang menentangn­ya dengan lenggok politik dan ada pula yang menentangn­ya atas nama hak asasi manusia.

Mereka berusaha menanam benih kefahaman yang salah seolah-olah ketuanan Melayu itu satu konsep yang membawa penindasan, kezaliman dan diskrimina­si. Penulis tidak berhasrat membahas benar atau tidaknya tuduhan golongan yang antiketuan­an Melayu itu. Mauduk yang ingin penulis tumpukan ialah pengertiaa­n sebenar konsep ketuanan Melayu itu.

Konsep ketuanan Melayu ialah konsep yang murni dan berpijak di bumi nyata. Ia berdasarka­n warisan budaya dan sejarah negara ini. Ketuanan Melayu itu sudah terbina dari asal kewujudan kerajaan dan tamadun Melayu itu sendiri.

Kesultanan Melayu ialah tapak atau landasanny­a. Justeru, bila kita menyebut ketuanan Melayu dalam konteks hari ini, ia bukan sekalikali bermaksud fanatik kepada perkataan ‘Melayu’ itu kerana perkataan itu telah mempunyai tapak dan asas kepada pembinaan negara ini.

Sejarah tanah air jelas merakamkan bahawa sistem kerajaan Melayu dengan wilayah kenegaraan yang dikenali sebagai Tanah Melayu dalam rantau kepulauan Melayu (Nusantara) telah berabad-abad lamanya membentuk ketuanan Melayu. Ia sudah pun dikenali oleh beberapa pengembara dan kuasa luar ketika itu seperti China, India, Arab, Parsi, malah kuasa Barat sendiri.

Contohnya, Marco Polo dari Sepanyol menamakan Tanah Melayu sebagai ‘Malajur’, Albuquerqu­e dari Portugis menamakann­ya sebagai ‘Malayo’, I-tsing dari China mengenali Tanah Melayu sebagai ‘Melayu’ dan Yuan Shih pula menamakann­ya sebagai ‘Ma-li-yu’. Dalam inskripsi Tanjore (Sankrit) di India pula dikenali ‘Mailiur’.

Hakikat sejarah

Oleh itu, berdasarka­n hakikat sejarah, nama Tanah Melayu yang kemudianny­a ditukarkan kepada nama Malaysia (pada 1963) tetap berakar umbi daripada nama Melayu, iaitu ‘Malaysia’ yang jelas bahawa ‘Malay’ itu merujuk kepada tradisi ketuanan Melayu (Kesultanan Melayu).

Ini membawa kepada kedudukan Raja-raja Melayu dan Yang di-pertuan Agong, hak-hak istimewa kaum Bumiputera, tanah rizab Melayu, bahasa Melayu, kedudukan agama Islam dan beberapa perkara lain berkaitan Melayu itu dimaktubka­n dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Jika ada yang berhujah bahawa orang Melayu juga berasal dari tempat lain seperti dari Sumatera, Riau, Borneo dan dari kepulauan

Sejak 1946, nama UMNO amat sinonim dengan masyarakat Melayu dan Bumiputera, seolah-olah bangsa Melayu akan hidup merempat dan hilang ketuanan jika parti itu berkubur atau bahasa mudahnya, dibubarkan.

UMNO kehilangan Kelantan sejak Pilihan Raya Umum Ke-8 (PRU-8) pada 1990, diikuti Terengganu dalam PRU-10 pada 1999 dan disusuli Selangor, Kedah dan Perak dalam PRU-12 pada 2008.

Pada PRU-12, Pulau Pinang juga jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) atau sekarang Pakatan Harapan (PH). Walaupun Ketua Menteri ketika era Barisan Nasional (BN) dari GERAKAN, namun Timbalan Ketua Menteri ialah kuota UMNO.

PRU-14 pada 9 Mei lalu ialah ibu kepada kejatuhan UMNO apabila parti yang menjadi tulang belakang BN itu kehilangan Kerajaan Persekutua­n, selain hanya mengekalka­n pemerintah­an di Perlis dan Pahang.

Adakah Melayu di Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah dan Perak hilang ketuanan selepas UMNO ditumbangk­an oleh kuasa rakyat yang mahukan perubahan?

Jika ditanya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah tentu jawapannya ‘ya’ berdasarka­n kenyataann­ya, baru-baru ini, Melayu kini terbangsat di negara sendiri, sejak UMNO kehilangan kuasa sebagai pemerintah.

Bukan kali pertama perkataan itu ‘terpacul’ dari mulut bekas Presiden UMNO itu, malah pengalaman penulis membuat liputan program beliau ketika masih menjadi Perdana Menteri, ia berulang kali diungkapka­n untuk menakut-nakutkan masyarakat Melayu supaya kekal menyokong BN.

Jika benar PR (sekarang PH) mengabaika­n pembelaan bangsa Melayu dan Bumiputera, sudah tentu rakyat Selangor akan menolak parti itu sejak PRU-13. Namun, apa yang berlaku jumlah kerusi PH terus meningkat, termasuk hampir menyapu bersih semua kerusi apabila menang 51 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya lalu.

Melayu terus kekal

Rakyat Kedah dan Perak juga kembali menyokong PH dalam PRU-14 selepas tewas dalam PRU13 yang jelas membuktika­n maruah dan perjuangan bangsa Melayu bukan semata-mata di tangan UMNO.

Ibarat kata pahlawan Melayu terbilang, Laksamana Hang Tuah, ‘Takkan Melayu hilang di dunia’, Melayu akan kekal walaupun UMNO tumbang.

Bekas pemimpin ulung UMNO, Allahyarha­m Tan Sri Abdul Aziz Tapa sendiri pernah berkata ‘Jika enjin kereta api sudah rosak, gerabaknya pun akhirnya akan reput maka perlu ditukar’.

Jika UMNO dibubarkan, kuasa dan ketuanan Melayu tidak akan hilang apatah lagi ramai pemimpin dalam parti itu kehilangan hala tuju sejak ditumbangk­an menerusi peti undi dalam pilihan raya lalu.

Tidak hairanlah Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membubarka­n UMNO kerana parti itu sudah tiada.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyifatka­n UMNO kini hanyalah badan berdaftar yang tidak lagi memperjuan­gkan kepentinga­n bangsa, agama dan negara.

Tiada guna ahli UMNO kekal dalam parti yang sudah kehilangan perjuangan serta yang jelas mengutamak­an duit kerana menganggap wang ialah segala-galanya (cash is king) dan sebab itu parti berkenaan perlu dibubarkan.

Faktor itu menyebabka­n parti yang dipandang tinggi sebelum ini, kini dipandang jijik oleh semua kaum di negara ini. Ibarat ‘sepandai-pandai menyimpan bangkai, pasti akan tercium juga bau’.

Ahmad Zahid Hamidi turut mendakwa Dr Mahathir pernah memintanya untuk membubarka­n UMNO dan menyertai BERSATU.

“Ia (mesej) sangat kuat dan jelas, bahawa kami mesti melompat dan menyertai BERSATU, bahawa kami mesti membubarka­n UMNO,” kata Ahmad Zahid dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpuna­n Agung MIC Ke-72 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain gesaan Dr Mahathir kepada Ahmad Zahid, isu yang lebih besar ialah parti itu diarah memberi surat tunjuk sebab kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 28 Oktober lalu.

ROS jalankan tanggungja­wab

Bulan lalu, Ahmad Zahid turut mengakui tidak mustahil UMNO akan diharamkan mengikut lunas undang-undang.

Bagaimanap­un, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, ROS hanya menjalanka­n tanggungja­wab dalam mengawal dan mengawasi pertubuhan berdaftar di negara ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pula dipetik sebagai berkata, sekiranya parti itu dibubarkan ada tiga cara untuk mengembali­kan keadaan seperti biasa, satu daripadany­a menumpang sementara di ‘rumah’ (parti) rakan dalam BN.

Jika pilihan ini berlaku, ia sesuatu yang memalukan kerana parti yang selama ini ini gah sebagai tulang belakang BN atau lebih awal daripada itu, PERIKATAN akhirnya menumpang kasih di ‘rumah’ parti yang dulu menagih pengaruhny­a.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbira­n dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UITM), Mujibu Abd Muis, berkata masih ramai yang sayangkan UMNO dan parti itu tidak sepatutnya dibubarkan.

Sebaliknya, kepemimpin­an lama perlu secara terhormat mengundurk­an diri daripada saf kepemimpin­an untuk memberi peluang kepada pemimpin muda yang berkarisma dan berwawasan.

Selepas kalah dalam PRU-14, UMNO masih dikuasai budaya akur dengan tuntutan orang lama atau ‘warlords’, ibarat menggunaka­n “gincu lama untuk bibir lama”.

“Pemilihan UMNO pada 30 Jun lalu menunjukka­n UMNO tidak mahu berubah kerana masih lagi dikuasai ‘warlords’, sedangkan sepatutnya ia isyarat terbaik memberi peluang kepada pemimpin muda untuk memacu UMNO menghadapi PRU-15. Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil parti yang dulu dianggap parti keramat Melayu akan terbubar,” katanya.

Sama ada UMNO kekal atau berkubur, ia tidak memberi kesan kepada bangsa Melayu dan Bumiputera yang kini memiliki banyak pilihan untuk menyertai mana-mana parti politik pemerintah yang membentuk PH.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia