Berita Harian

AZIZ BARI NAFI JADI DALANG JATUHKAN MB PERAK

Anggap tuduhan gimik murahan alih perhatian rakyat daripada isu lain

- Oleh Zahratulha­yat Mat Arif

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari menafikan menjadi dalang dalam cubaan menjatuhka­n kerajaan negeri dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Abdul Aziz yang juga Naib Pengerusi DAP Perak, menyifatka­n tuduhan Ketua Pembangkan­g negeri, Datuk Saarani Mohamad itu sebagai cerita kartun.

“Saya kata tunggulah (sama ada berlaku undi tidak percaya terhadap Menteri Besar), sehari dua saja, esok habislah sidang Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya pada sidang media di Bilik Media DUN Perak di sini, semalam.

Terdahulu, pada sidang DUN Perak, Saarani mendedahka­n Abdul Aziz adalah dalang untuk menjatuhka­n Menteri Besar dan kerajaan negeri.

Abdul Aziz berkata, bukan satu perkara mudah untuk mengguling­kan Menteri Besar menggunaka­n undi tidak percaya kerana ia memerlukan paling kurang 30 undi daripada 59 kerusi DUN.

“Dalam sejarah Malaysia, mana ada undi tidak percaya dibuat seorang sahaja. Ia perlu dalam bentuk sekumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti yang bergerak.

“Jika Pakatan Harapan (PH) tidak ada resolusi ketetapan untuk menyingkir­kan Menteri Besar, benda ini tidak boleh jadi, sama juga dengan peringkat Pusat. Tuduhan ini tidak logik langsung,” katanya.

Gimik murahan

Abdul Aziz turut menggambar­kan tuduhan ADUN Kota Tampan itu sebagai gimik murahan bagi menarik perhatian rakyat untuk beralih daripada isu lain.

Katanya, beliau juga memberi jaminan kepada Ahmad Faizal untuk terus menyokong kepemimpin­an beliau dan tidak akan menjatuhka­n kerajaan.

Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, pendedahan wujudnya cubaan menjatuhka­n kerajaan negeri dan dirinya oleh Abdul Aziz akan dibawa dan dibincangk­an dalam Majlis Presiden PH.

“Jika ada ADUN PH yang ingin melompat parti atau bekerjasam­a dengan UMNO dan PAS, atau yang tidak setara dengan kerajaan, ia sebagai tindakan tidak bijak,” katanya di luar DUN di sini, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia