Berita Harian

PENSTRUKTU­RAN SEMULA PINJAMAN TUMPUAN KERTAS PUTIH FELDA

Langkah strategik imbangi tempoh kutipan semula hutang daripada peneroka

- Oleh Wartawan BH

Penstruktu­ran semula pinjaman FELDA dan anak syarikatny­a menjadi satu daripada hala tuju strategik pemulihan agensi itu yang diberi tumpuan dalam laporan interim Kertas Putih.

Sumber berkata, langkah sedemikian diambil bagi membolehka­n FELDA mengimbang­i tempoh kutipan semula hutangnya daripada peneroka dengan tempoh bayaran balik pinjaman dibuat sebelum ini.

Tubuh jawatankua­sa baharu

Beliau berkata, beberapa jawatankua­sa baharu peringkat agensi itu akan ditubuhkan sebagai usaha memastikan tadbir urus lebih baik membabitka­n pelaburan dan pengurusan FELDA.

“Hala tuju yang akan diketengah­kan ini bukan hanya menjurus kepada FELDA, sebaliknya membabitka­n semua anak syarikatny­a,” katanya.

Kelmarin, BH mendedahka­n FELDA menanggung hutang kirakira RM8 bilion kerana kegagalan tadbir urus pengurusan­nya dan kemerosota­n mendadak kedudukan tunai.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kerajaan akan membentang­kan Kertas Putih mengenai keadaan kewangan FELDA dan strategik mengatasi masalah berkenaan.

Sumber itu berkata, laporan interim Kertas Putih juga menyentuh tindakan yang sudah dan sedang dilakukan FELDA bagi menyelesai­kan masalah dihadapiny­a, selain rancangan bagi mengukuh- kan kedudukan tunai agensi itu.

“Ini termasuk keputusan menamatkan perkhidmat­an individu tertentu dalam FELDA yang sebelum ini memegang hampir semua jawatan Pengerusi dalam syarikat FELDA, FELDA Investment Corporatio­n Sdn Bhd (FIC) dan FGV Holdings Bhd (FGV),” katanya.

Pada Jun tahun lalu, Tan Sri Isa Abdul Samad meletak jawatan sebagai Pengerusi FGV.

Arah lembaga pengarah FIC letak lawatan

Pengerusi FELDA selepas Isa, Tan Sri Shahrir Abdul Samad kemudian mengarahka­n semua ahli lembaga pengarah FIC meletak jawatan dalam usaha menyusun semula anak syarikat FELDA.

Sumber itu berkata, perubahan kepada struktur pengurusan FELDA itu juga antara yang akan disentuh dalam laporan interim terbabit.

Ini termasuk rombakan struktur ahli Lembaga Pengarah FELDA yang sudah dilakukan sebelum ini dengan pelantikan baharu hanya membabitka­n individu yang mempunyai kredibilit­i, selain menamatkan semua kontrak lantikan politik.

“Langkah ini dibuat sebaik kerajaan Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu,” katanya.

Beliau berkata, fokus penstruktu­ran dan tugas ahli Lembaga Pengarah FELDA baharu ialah memastikan liabiliti jangka pendek FELDA kepada pemberi pembiayaan­nya mampu dilunaskan, sekali gus memastikan nilai hutang tinggi ditanggung agensi itu ketika ini dikurangka­n.

Penstruktu­ran baharu FELDA bermula sebaik kerajaan pada Julai lalu melantik Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, sebagai Pengerusi FELDA yang baharu. Pelantikan Megat Zaharuddin dibuat selepas Shahrir meletak jawatannya sebagai Pengerusi FELDA pada 14 Mei lalu.

Turut meletak jawatan bersamasam­an Shahrir ialah tiga ahli Lembaga Pengarah FELDA yang dilantik atas kapasiti politik iaitu Datuk Abu Bakar Harun, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan Datuk Mohd Isa Abu Kasim.

Beberapa jawatankua­sa baharu peringkat agensi itu akan ditubuhkan sebagai usaha memastikan tadbir urus lebih baik membabitka­n pelaburan dan pengurusan FELDA. Hala tuju yang akan diketengah­kan ini bukan hanya menjurus kepada FELDA, sebaliknya membabitka­n semua anak syarikatny­a” Sumber

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH, kelmarin.
Keratan akhbar BH, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia