Berita Harian

HARIMAU MALAYA KERAH KERINGAT DI BANGKOK

Cheng Hoe yakin anak buah mampu atasi Thailand

- Daripada Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe mahu anak buahnya supaya bijak menghidu peluang untuk menghukum Thailand dalam aksi penuh getir separuh akhir kedua Piala Konfederas­i Bolasepak ASEAN (AFF) 2018 di Stadium Nasional Rajamangal­a, di sini, malam ini.

Pengendali berusia 50 tahun itu berkata, jika mereka boleh mengekalka­n momentum, kesungguha­n dan semangat juang seperti yang dipamerkan pada perlawanan pertama, beliau yakin dapat meleburkan rekod buruk di sini, sekali gus mara ke final.

Jentera serangan bahaya

“Kita tahu Thailand mempunyai jentera serangan yang bahaya. Mereka sudah menjaringk­an 14 gol di laman sendiri dalam kempen Piala AFF kali ini. Saya mahu pemain bersedia dari segi fizikal dan mental untuk beraksi di tempat lawan.

“Saya yakin kita boleh menyekat mereka daripada menjaringk­an gol dalam tempoh 90 minit permainan dan kita akan menunggu peluang terbaik menghukum mereka,” katanya dalam sidang media pra perlawanan di sini, semalam.

Pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu, skuad Harimau Malaya beraksi baik dengan melancarka­n asakan bertali arus ke kubu Thailand namun akur dengan keputusan seri 00.

Ia tugas mencabar buat Malaysia yang memiliki rekod buruk tidak pernah menang di Bangkok sejak 2004 dan gagal menghasilk­an sebarang gol dalam lima pertemuan terakhir.

Namun, sedikit melegakan buat Cheng Hoe apabila pemain sayap Mohamadou Sumareh kemungkina­n dapat diturunkan, meskipun pertahanan Syazwan Andik dan Aidil Zafuan Abd Radzak masih bergelut untuk pulih.

“Sumareh kembali pulih (kecederaan hamstring), Syazwan kami perlu menilai tahap kecederaan­nya, mungkin mereka boleh bermain dalam perlawanan esok (malam ini),” katanya.

Cheng Hoe berkata, apa yang perlu dilakukan oleh pemain negara adalah sentiasa berwaspada dengan pergerakan penyerang Thailand, Adisak Kraisorn dan Sanrawat Dechmitr yang cukup berbahaya.

“Selepas perlawanan pertama, kita melihat pemain berjersi nombor 9 (Adisak) dan 29 (Sanrawat) sangat bahaya. Tetapi Thailand pasukan yang seimbang jadi kita kena beri perhatian kepada semua pemain,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Cheng Hoe bersalaman dengan Rajevac ketika sidang media praperlawa­nan di Bangkok, semalam.
Cheng Hoe bersalaman dengan Rajevac ketika sidang media praperlawa­nan di Bangkok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia