Berita Harian

Dakwa perluasan pelabuhan ceroboh perairan

-

Singapura: Singapura membantah keras rancangan Malaysia untuk memperluas­kan pelabuhan di selatan negara itu, dengan mendakwa ia menceroboh perairan republik itu.

Bantahan itu adalah pertikaian terbaru di antara dua negara berjiran itu, membabitka­n sebahagian kawasan di Selat Singapura, antara pelabuhan paling sibuk di dunia.

Kementeria­n Pengangkut­an Singapura berkata semalam, pihaknya sudah meminta Malaysia untuk menarik balik langkah itu bagi menghormat­i kedaulatan Singapura ke atas perairan yang dipertikai­kan dan menghentik­an sebarang tindakan yang bersifat sebelah pihak.

“Dalam tempoh dua minggu ini juga, kapal Malaysia berulang kali menceroboh ke dalam perairan wilayah kami.

“Kami membantah keras tindakan Malaysia meluaskan pelabuhan dan pergerakan kapal yang jelas melanggar undang-undang antarabang­sa ini.

Ambil tindakan tegas

“Tentera laut dan polis pengawal pantai kami kini secara berterusan mengawasi perairan negara...24/7,” katanya.

Kementeria­n Pengangkut­an Singapura menegaskan pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap penceroboh­an dan aktiviti yang tidak dibenarkan di perairanny­a.

Pada masa sama, Singapura bersedia berbincang dengan Malaysia bagi menyelesai­kan perkara itu dengan baik, selaras undangunda­ng antarabang­sa.

Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia ketika dihubungi enggan mengulas lanjut perkara itu.

Kedua-dua negara sebelum ini terbabit dalam pertikaian wilayah berhubung isu Pulau Batu Putih menyaksika­n Mahkamah Keadilan Antarabang­sa (ICJ) memberi hak kepada setiap pihak terbabit pada 2008.

Kami membantah keras tindakan Malaysia meluaskan pelabuhan dan pergerakan kapal yang jelas melanggar undang-undang antarabang­sa ini” Kenyataan Kementeria­n Pengangkut­an Singapura

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia