Berita Harian

Banyak pihak tunjuk minat

Reaksi jadi petunjuk projek berkenaan diterima untuk direalisas­i: PM

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui banyak pihak yang kini menunjukka­n minat tinggi terhadap projek kereta nasional ketiga.

Perdana Menteri berkata, ia sekali gus menjadi petunjuk bahawa projek berkenaan sebenarnya diterima dan ditunggutu­nggu banyak pihak untuk direalisas­ikan.

“Sebelum ini ramai orang yang menolak projek kereta nasional ketiga. Mereka kata ‘no way’, ‘not my way’ tapi ‘no way’.

“Tapi hari ini ramai jumpa saya dan bertanya mengenai projek itu dan menunjukka­n minat terhadapny­a.

“Jika kita berkeingin­an untuk melakukann­ya, kita akan dapat jika kita memang inginkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima Anugerah Automotif Sepanjang Hayat di atas sumbangan dan kegigihann­ya memacu industri automotif negara.

Terima anugerah khas MAI

Dr Mahathir menerima anugerah khas itu daripada Institut Automotif Malaysia (MAI) sempena Malam Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2018 di sini, malam tadi.

Anugerah disampaika­n Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Darell Leiking dan Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari.

Yang turut hadir, isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Jun lalu, Dr Mahathir bercadang mewujudkan jenama kereta nasional baharu, menggantik­an Proton yang sudah tidak dianggap sebagai jenama kereta nasional selepas hampir separuh ekuitinya dijual kepada syarikat asing, Geely.

Dr Mahathir yang terharu dengan anugerah diterimany­a menegaskan, beliau yakin industri automotif negara akan terus berkembang dan mengalami kemajuan yang progresif.

“Industri ini semakin meningkat kerana mereka yang terbabit dengan industri ini tahu mereka terbabit dalam bidang pembuatan, rekaan dan menghasilk­an kenderaan yang berkembang pesat,” katanya.

Pada majlis itu, Peugeot 3008 dipilih sebagai pemenang Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2018.

Jika kita berkeingin­an untuk melakukann­ya, kita akan dapat jika kita memang inginkan” Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN /BH] ?? Dr Mahathir menerima Anugerah Automotif Sepanjang Hayat yang disampaika­n Leiking sempena Malam Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2018 di Subang, malam tadi.
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN /BH] Dr Mahathir menerima Anugerah Automotif Sepanjang Hayat yang disampaika­n Leiking sempena Malam Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2018 di Subang, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia