Berita Harian

‘Perkataan sejarah tidak merujuk sukatan pelajaran’

Media diminta buat pembetulan elak masyarakat keliru

- Oleh Ahmad Suhael Adnan dan Mohd Anwar Patho Rohman

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, menafikan laporan media yang mendakwany­a menyebut kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) akan dimasukkan ke dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah.

Setiausaha Akhbarnya, Shah- rul Aman Mohd Saari, berkata perkataan sejarah yang disebut Maszlee tidak merujuk kepada sukatan pelajaran, sebaliknya merujuk kepada sejarah Malaysia secara am.

Katanya, laporan media berkenaan tidak tepat kerana keputusan memasukkan isu 1MDB ke dalam subjek Sejarah terserah kepada jawatankua­sa kajian kurikulum Kementeria­n Pendidikan.

“Ketika menjawab soalan tambahan YB Pontian (Datuk Seri Ahmad Maslan), Dr Maszlee hanya menyebut isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia.

Laporan tidak tepat

“Laporan media memetik seolah-olah Dr Maszlee mengatakan kes 1MDB akan dimasukkan ke dalam subjek Sejarah Malaysia adalah tidak tepat.

“Soal sama ada ia akan dimasukkan ke dalam silibus terserah kepada jawatankua­sa kajian kurikulum Kementeria­n Pendidikan.

“Kerjasama media dipohon agar membuat pembetulan bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, Maszlee dilaporkan berkata Isu berkaitan skandal 1MDB dan penyelewen­gan membabitka­n ahli politik akan dimasukkan sebagai sukatan pelajaran Sejarah di sekolah.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Ahmad ingin mengetahui fakta sejarah yang menjadi kontrovers­i dalam negara dan garis masa ditetapkan bagi membolehka­nnya dijadikan sebahagian daripada pengisian mata pelajaran.

 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia