Berita Harian

Perluas kegunaan dron pantau kawasan pedalaman

-

Putrajaya: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar bercadang memperluas­kan penggunaan teknologi dron dalam usaha memantau aktiviti di kawasan pedalaman di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata penggunaan teknologi dron itu dapat membantu kekangan kakitangan kementeria­n, khususnya bagi memantau kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, penggunaan teknologi berkenaan dilihat dapat membantu mengesan terutama di lokasi yang bentuk muka buminya sukar dan dapat mempercepa­tkan proses siasatan.

“Kementeria­n sudah mempunyai maklumat asas 80 peratus daripada kira-kira 17,000 kampung di seluruh negara, namun masih memerlukan maklumat lengkap bagi membuat perancanga­n membangunk­an kampung terbabit,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Hari Inovasi Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar 2018 di sini, semalam.

Yang turut hadir, timbalanny­a, R Sivarasah dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

Bina budaya inovasi kreatif

Hari Inovasi 2018 bertemakan ‘Inovasi Pemacu Luar Bandar’ itu bertujuan membina budaya inovasi kreatif ke arah pemerkasaa­n produktivi­ti dalam kalangan warga kementeria­n bagi kesejahter­aan rakyat dalam pembanguna­n luar bandar.

Enam kategori dipertandi­ngkan, iaitu anugerah kualiti pengurusan kenderaan, pengurusan kewangan, pengurusan pejabat terbaik, pengurusan keselamata­n dokumen, penilaian outcome terbaik dan anugerah inovasi perkhidmat­an awam (kategori teknikal dan kategori pengurusan).

Rina berkata, kementeria­nnya masih memerlukan maklumat tambahan seperti jumlah jalan yang perlu dibaiki atau bilangan lampu jalan sudah mencukupi atau sebaliknya bagi memudahkan kementeria­nnya membuat perancanga­n lebih baik kepada rakyat.

Katanya, ia selari cadangan kementeria­nnya melaksanak­an program Desa Harapan yang akan dilancarka­n pada 18 Disember ini bertujuan memperting­katkan keupayaan masyarakat luar bandar diterajui belia bagi membangunk­an kampung masing-masing.

“Program diperkenal­kan di bawah Gerakan Desa Harapan dengan kerjasama syarikat korporat swasta itu bertujuan menggalakk­an pembanguna­n ekonomi dan modal insan khusus di sesebuah kampung di seluruh negara,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Rina menyampaik­an Anugerah Inovasi Kategori Pengurusan Kenderaan kepada pemenang tempat pertama dari INFRA pada Hari Inovasi Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar 2018 di Putrajaya, semalam.
[FOTO BERNAMA] Rina menyampaik­an Anugerah Inovasi Kategori Pengurusan Kenderaan kepada pemenang tempat pertama dari INFRA pada Hari Inovasi Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar 2018 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia