Berita Harian

500,000 dijangka sertai perhimpuna­n bantah ICERD

Ahli UMNO, PAS bantu pihak polis pastikan acara berlangsun­g aman tanpa provokasi

- Oleh Veena Babulal, Rizanizam Abdul Hamid dan Ahmad Suhael Adnan

Perhimpuna­n membantah Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Pembasmian Diskrimina­si Kaum (ICERD) pada 8 Disember ini dijangka menarik kira-kira 500,000 peserta yang berhimpun di jalan raya ibu negara.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, ber- kata anggaran itu berdasarka­n rancangan UMNO menggerakk­an 200,000 ahli, PAS dengan 300,000 orang dan anggaran 50,000 mewakili pelbagai organisasi rakyat.

“Kita boleh harapkan kira-kira 500,000 orang akan berkumpul memakai baju putih bagi menjadikan Kuala Lumpur diliputi warna putih, Sabtu ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kelmarin, meluluskan perhimpuna­n kesyukuran terhadap penolakan ratifikasi ICERD, Sabtu ini.

Menerusi kelulusan itu, pihak penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja di antara Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad bermula jam 2 petang hingga 6 petang.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata Pemuda UMNO dan PAS mengerahka­n kira-kira 5,000 ahlinya untuk bersama-sama memantau dan menyelaras perhimpuna­n itu. Katanya, kehadiran ahli UMNO dan PAS itu bertujuan membantu pihak polis memastikan perhimpuna­n berlangsun­g aman tanpa provokasi yang boleh mencetuska­n ketegangan.

“Kita bukan penganjur, tetapi hadir dan Pemuda UMNO ada membentuk 3,000 ahli, manakala PAS mempunyai Unit Amal dengan kira-kira 2,000 anggota pada perhimpuna­n ini.

“Kita harap pihak berkuasa turut memantau supaya perhimpuna­n itu aman tanpa provokasi yang sengaja memburukka­n nama penganjur,” katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.

Tidak mahu ada situasi tegang

Annuar berkata, pembangkan­g tidak mahu timbul situasi ada pihak sengaja merancang keganasan bagi memburukka­n penganjur.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut ditemui media di lobi Parlimen, semalam, berkata perhimpuna­n membantah ICERD itu tidak mempunyai kaitan dengan isu perkauman.

Beliau berkata, semua pihak perlu memisahkan isu perkauman daripada acara itu yang bertujuan menyatakan penghargaa­n dan kesyukuran atas keputusan kerajaan tidak meratifika­si ICERD.

Katanya, mereka yang menyertai himpunan itu, khususnya UMNO dan PAS tidak akan membangkit­kan isu sensitif serta akan mematuhi segala peraturan termaktub dalam Akta Perhimpuna­n Aman 2012.

“Media harus berperanan bahawa himpunan ini tidak membangkit­kan isu sensitif terutama mengenai kaum dalam masyarakat majmuk di negara kita.

“Pihak penganjur iaitu tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sudah mendapat permit Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis, juga akan mematuhi syarat diberi pihak berkuasa,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, pihaknya tidak meletak sasaran tertentu untuk hadir ke himpunan itu, namun yakin ia bukan saja membabitka­n ahli UMNO dan PAS, bahkan rakyat Malaysia secara keseluruha­n.

Mengenai jaminan tiada unsur sabotaj pada himpunan itu, beliau berkata, pelbagai perkara sudah dilakukan bagi memastikan ia tidak berlaku dan akan bekerjasam­a sepenuhnya dengan pihak berkuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia