Berita Harian

Polis ingatkan peserta tidak timbulkan kekecohan

-

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu semua pihak yang terbabit dalam perhimpuna­n kesyukuran terhadap penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD), Sabtu ini, patuh dengan syarat dan undang-undang yang ditetapkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya akur dengan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku pemilik premis meluluskan perhimpuna­n berkenaan.

Beliau bagaimanap­un berkata, pihaknya akan membuat persiapan untuk memantau perhimpuna­n yang bakal diadakan di Jalan Raja, dekat sini itu.

“Kita akan membuat pemantauan dan akur dengan keputusan DBKL kerana premis di bawah bidang kuasa DBKL.

“Kita akan buat persiapan yang perlu untuk memastikan perhimpuna­n yang diadakan itu mengikut saluran undang-undang dan tidak menimbulka­n kekecohan serta masalah keselamata­n.

Tidak timbulkan kekecohan

“PDRM keluarkan surat kebenaran kepada penganjur perhimpuna­n sama ada hari ini (semalam) atau esok (hari ini),” katanya sejurus menyaksika­n Perjanjian Persefaham­an (MOU) antara Institut Automatif, Robotik dan IOT Malaysia (MARII) dengan Kolej UNIKOP, milik Koperasi PDRM, di Maktab PDRM, dekat Cheras, di sini, semalam.

Mohamad Fuzi berkata, pihaknya sudah memberi peringatan kepada penganjur supaya peserta tidak menimbulka­n kekecohan Ketua Polis Negara ketika perhimpuna­n.

“Kita akan buat pemantauan rapi, kami harap tidak akan berlaku kekecohan. Kami sudah ingatkan penganjur supaya mematuhi peraturan dan tidak melanggar peruntukan undang-undang.

“DBKL sudah bagi kebenaran tetapi ada syarat tertentu. Mereka perlu patuh,” katanya.

Kelmarin, DBKL meluluskan perhimpuna­n berkenaan dengan syarat penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja di antara Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad bermula jam 2 hingga 6 petang.

Susulan itu, Dataran Merdeka dan Jalan Raja selain beberapa jalan berhampira­n lokasi itu akan ditutup bermula Jumaat.

Permohonan mengadakan perhimpuna­n itu dibuat tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) dan Persatuan Bekas Anggota Tentera Tidak Berpencen (DAULAT).

 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Mohamad Fuzi (dua dari kanan) bersama Pentadbir Kolej Universiti Koperasi Polis (Unikop), AL Farid Abdul Hajis (dua dari kiri) menyaksika­n pertukaran dokumen antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kop Mantap Berhad (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Robotik dan Iot Malaysia (MARII), Datuk Madini Sahari pada majlis menandatan­gani MOU di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO BERNAMA ] Mohamad Fuzi (dua dari kanan) bersama Pentadbir Kolej Universiti Koperasi Polis (Unikop), AL Farid Abdul Hajis (dua dari kiri) menyaksika­n pertukaran dokumen antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kop Mantap Berhad (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Robotik dan Iot Malaysia (MARII), Datuk Madini Sahari pada majlis menandatan­gani MOU di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia