Berita Harian

Jomstudi hab pembelajar­an digital

Astro, Digi, Media Prima, MDEC jalin kerjasama sedia kandungan berkualiti

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro), Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) dan Media Prima Berhad (Media Prima) menjalin kerjasama bagi memperkena­lkan hab pembelajar­an digital Jomstudi, di sini, baru-baru ini.

Hab pembelajar­an digital itu akan dilancarka­n pada Januari 2019, sebagai inisiatif yang diterajui oleh organisasi swasta dan disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Jomstudi menyediaka­n kandungan pendidikan berkualiti untuk ditawarkan kepada pelajar, terutamany­a bagi mereka yang mendiami kawasan yang kurang mendapat perhatian.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata dengan akses yang mudah terhadap kandungan pendidikan berkualiti dalam talian, ia akan menjana pelbagai peluang terutamany­a bagi pelajar yang kurang mendapat perhatian.

Beliau berkata, dengan memperkena­lkan hab pembelajar­an itu dapat memberikan golongan berkenaan peluang sama rata dengan adanya kemahiran dan pengetahua­n yang betul untuk mengharung­i masa hadapan berlandask­an digital.

“Saya percaya teknologi digital ialah satu alat yang kita harus gunakan dengan sebaiknya untuk memperkaya­kan dan mengubah kaedah pembelajar­an sedia ada.

“Saya berbesar hati untuk melihat kerjasama seumpama ini daripada Astro, Digi serta Media Prima dan ingin melihat lebih banyak kerjasama sedemikian dijalin antara sektor awam dan swasta dalam kita mengorak langkah ke arah masa hadapan yang lebih baik untuk negara ini,” katanya dalam suatu kenyataan media, di sini, semalam.

Landskap pembelajar­an

Yang turut hadir pada majlis memperkena­lkan hab pembelajar­an digital Jomstudi, Naib Presiden Gennext, Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin; Ketua Pegawai Eksekutif, Digi, Albern Murty; Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid dan Ketua Pegawai Kewangan MDEC, Nor Faizah Othman.

Jomstudi dizahirkan sebagai maklum balas kepada perubahan dalam landskap pembelajar­an yang menyaksika­n internet berfungsi sebagai alat utama untuk pelajar mendapatka­n maklumat.

Menerusi Jomstudi, pelajar akan mempunyai akses pada bila-bila masa, di mana sahaja untuk mendapatka­n kandungan pendidikan berkualiti yang mematuhi sukatan pelajaran ditetapkan oleh Kementeria­n Pendidikan (KPM), ditawarkan oleh Tutor TV dari Astro dan Fullamark dari Media Prima. Platform itu dibangunka­n dan dikendalik­an oleh Digi.

Sehubungan itu, Jomstudi akan diperkemba­ngkan untuk menawarkan kandungan teknologi dan digital, sumber literasi digital dan pembelajar­an kemahiran informal menerusi usaha sama dengan pembekal kandungan yang lain.

 ??  ?? Gobind (tengah) bersama (dari kiri) Putri Yasmin, Albern Murty, Kamal dan Nor Faizah pada majlis memperkena­lkan hab pembelajar­an digital Jomstudi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Gobind (tengah) bersama (dari kiri) Putri Yasmin, Albern Murty, Kamal dan Nor Faizah pada majlis memperkena­lkan hab pembelajar­an digital Jomstudi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia