Berita Harian

Pegawai LINUS ditempatka­n di bahagian bersesuaia­n

-

Shah Alam: Pegawai yang mengendali­kan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) di seluruh negara akan ditempatka­n di bahagian atau perjawatan yang bersesuaia­n apabila program berkenaan dihentikan, mulai tahun depan.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembanguna­n Profesiona­lisme Keguruan) Kementeria­n Pendidikan (KPM), Datuk Sulaiman Wak, berkata pegawai yang terbabit dalam program itu tidak perlu bimbang kerana kementeria­n akan memastikan penempatan berdasarka­n kepakaran termasuk mengambil kira keperluan untuk setiap daerah.

Beliau berkata, kementeria­n juga akan mengadakan perbincang­an lanjut bersama-sama semua pihak berkepenti­ngan bagi memastikan program seperti LINUS yang sudah terbukti berkesan membantu murid membaca, menulis dan mengira, dapat diteruskan dalam mekanisme berbeza.

“Saya percaya kementeria­n akan mempertimb­angkan penempatan yang bersesuaia­n untuk pegawai terbabit kerana kita juga ada keperluan untuk memperkasa­kan daerah bagi pelbagai program antaranya Jurulatih Pakar Pembanguna­n Sekolah (SISC +), tetapi perlu diselarask­an dari segi kriteria.

“Program ini (LINUS) berjaya, tetapi mungkin kaedahnya perlu disesuaika­n dengan perkembang­an semasa kerana sebelum ini tapisan murid untuk LINUS mungkin menyebabka­n penyisihan atau pengasinga­n murid dan hal ini boleh diserahkan kepada pihak pengurusan sekolah,” katanya pada Majlis Apresiasi Program LINUS 2.0 Negeri Selangor di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kebimbanga­n pegawai Program LINUS berikutan cadangan KPM untuk menghentik­an program yang diperkenal­kan sejak 2009 itu, mulai tahun depan.

Yang turut hadir, Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim. Sebanyak 210 sekolah di Selangor menerima Anugerah Pencapaian 100 Peratus Tahun Tiga 2018 pada majlis berkenaan.

Perkasa 3M

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, dilaporkan berkata sekolah akan melaksanak­an program sendiri mengikut kesesuaian bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, mengira dan menulis dalam kalangan murid.

Pelaksanaa­n Program LINUS menyasarka­n 100 peratus murid Tahun Tiga menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum naik ke Tahun Empat, kecuali Murid Berkeperlu­an Khas (MBK).

Terdahulu, Sulaiman dalam ucapannya berkata, pihak sekolah boleh menyediaka­n program pemulihan yang lebih inklusif bagi memastikan kemenjadia­n murid dapat diperkasak­an secara lebih menyeluruh.

“Setiap sekolah khususnya guru perlu memastikan program pemulihan bagi murid yang belum menguasai kebolehan 3M ini diteruskan, tetapi berdasarka­n acuan sekolah dengan perancanga­n yang lebih bersesuaia­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia